Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Saturday, April 24, 2010

merentas desa







- lari laju nah -
Laporan Kejohanan Merentas Desa
Sek Keb Kebun Sireh
27 Mac 2010

Pada 27 Mac yang lalu, sekolah ini telah selamat menjalankan kejohanan merentas desa yang jatuh pada hari Sabtu bersamaan dengan hari kelas ganti bagi cuti Deepavali.
Acara bermula pada pukul 8 pagi dengan mengumpulkan murid-murid di dataran sekolah bagi mengambil kehadiran dan sedikit taklimat oleh jawatankuasa merentas desa.
Seterusnya, acara memanaskan badan dengan melakukan senaman aerobik mengambil tempat. Senaman ini diketuai oleh Pn Norazrina Othman dan dibantu oleh murid-murid tahun 6.
Seterusnya kejohanan dimulakan dengan melepaskan murid perempuan tahun 1. Murid-murid dilepaskan secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Guru-guru pula telah ditugaskan dengan tugasan masing-masing. Saya telah ditugaskan untuk menjaga check point 2 bersama 3 rakan guru yang lain.
Sepanjang tugasan yang diberikan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa persiapan yang rapi akan memudahkan pekerjaan. Ini dapat digambarkan dengan pelaksaan kejohanan ini berjalan lancar dengan adanya persiapan rapi semua pihak. Di samping itu, murid-murid turut mendapat faedah dalam kejohanan ini.
Kejohanan ini berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Pn Nazirah.

No comments:

Post a Comment