Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Tuesday, August 16, 2011

wanita di sebalik hijab

cikgu adila bangun dari tidur tatkala jam locengnye berdering kuat...seruan sahur sudah tiba dan cikgu adila terus meenyiapkan diri dengan sedikit juadah..beberapa keping biskut dan tamar dan beberapa teguk air kosong..cukuplah sekadar ini..cikgu adila sudah kehabisan idea untuk menyediakan juadah sahur dek kemengantukan yang menggila..

sesusai itu, cikgu adila menguatkan langkah untuk membersihkan diri, solat subuh dan mengaji al-quran..rutin cikgu adila dibulan ramadhan..

selapas itu, cikgu adila bergerak untuk mensetarika pakaian untuk kesekolah pada hari ini..cikgu adila memilih untuk memakai pakaian bewarna merah darah ikan dan bertudung pink..tangan cikgu adila pantas menangkap tudung itu namun hatinya kurang bersetuju...berlaku konflik di dalam hati..

putih : tudung labuh la
hitam : tudung biasa saja
putih : bila lagi nak pakai, kalau meninggal hari ni dah tak leh nak pakai
hitam : banyak masa lagi
putih : benda baik kenapa nak tangguh-tangguh

cikgu adila bingung dengan pilihan hati sendiri...dia menjadi keliru dengam hasrat hati sendiri..

namun hati dikuatkan dan dibulatkan dan terus mencapai tudung labuh yang sudah lama tergantung ditempatnya itu...inilah saatnya, transformasi..detik hati cikgu adila

didepan mata cikgu adila sudah terbayang akan pelbagai perkara yang akan berlaku di sekolah nanti..Allah akan bersama mereka yang mencari keredhaannya...bisik hati kecil cikgu adila..

hati sedikit gundah tatkala tudung sudah tersarung dikepala..pelbagai perkara yang berlegar namun hati cikgu adila kuat untuk meneruskan hasrat hati kecil itu..

memandu kereta ke sekolah seperti biasa bertemankan rakan serumah dan angin sepoi yang menampar lembut ke pipi membuatkan cikgu adila sedikit lega..walau apa pun yang terjadi perjuangan ini akan diteruskan.

cikgu adila menguatkan langkah apabila sampai diperkarangan sekolah..sekumpulan murid mula mengerumuni cikgu adila untuk bersalam dan cikgu adila dapat lirikan mata mereka tidak semesra dulu..terkejut barangkali..

"cikgu nampak macam ustazah baru balik mekah", sapa seorang murid yang agak rapat dengan cikgu adila

suasana pada waktu itu bertukar kecoh..terdengar sorakan dari tingkat atas blog pentadbiran..laungan 'ustazah' kedengaran...cikgu adila cuba untuk cekalkan hati dan hanya melepaskan sebuah senyuman...

naik kepejabat untuk melapor diri dan pemakaian cikgu adila ini sudah cukup untuk mebuatkan semua pekerja dipejabat ternganga dan tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata...sapaan mereka juga kedengaran kaku..

menyelesaikan segala urusan dipejabat, masuk seorang rakan guru yang juga terkejut dan tergelak "lawanya kau hari ni", sapa guru perempuan itu lalu mencubit pipi cikgu adila...cikgu adila sekadar tersenyum..

sambil mengisi borang cuti, cikgu adila dipeluk erat dari belakang..cikgu adila seraya berpusing dan meliha kerani sekolah dibelakangnya...ucapnya yang bermakna "adik, kuatkan hati"..cikgu adila sekali lagi tersenyum..ait matanya seakan mahu tumpah..

dan cikgu adila melangkah keluar dari pejabat dengan semangat yang baru..hijrah ini baru bermula, dugaan ini baru bermula, cabaran ini baru bermula...masih banyak lagi akan ditempuhinya... jauh disudut kecil hati cikgu adila dia berdoa agar ditetapkan hati untuk terus memperbaiki diri kearah kebaikan dan semoga Allah sentiasa membukakan jalan buatnya..

sampai dimeja cikgu adila menghantai satu mesej kepada kenalan terdekat "doakan aku KUAT"...itu doa cikgu adila seorang wanita yang berselindung disebalik hijab..

Tuesday, August 2, 2011

The New Me =)






bila hati mengigat tuhan, diri dirasakan seolah-olah kerdil disisiNya...Ya Allah kuatkanlah hatiku agar sentiasa tetap dan istiqamah.. Amin..

Friday, July 29, 2011

Hadiah buat diri

beberapa hari lepas genap usia cikgu adila menjangkau angka yang ke 24...suatu angka yang tidak pernah dijangka untuk dicapai oleh cikgu adila kera di usia mudanya di selalu berfikir di kepala, tahun 2000 masih wujudkah atau sudah kiamat...itulah telahan cikgu adila yang berumur 7 tathu ketika itu..dan kini sudah 2011...24 tahun sudah cikgu adila menjengahkan diri kedunia yang fana ini...duni yang penuh dengan ranjau dan tatacara yang telah digariskan...alhamdulillah..

hari lahir tahun ini berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelumnya..dahulunya cikgu adila dikelilingi oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain...zaman telah berlalu dan kenangan bersama rakan-rakan pasti hangat disanubari cikgu adila..

terjaga dari tidur setelah mendengar bunyi telefon bimbit yang berbunyi dek rakan-rakan yang mengucapkan selamat buat cikgu adila, cikgu adila terus kebilik air dan menyucikan diri dan terus bermunajat kepada Allah.. mengucapkan syukur kerana masih dipanjangkan umur dan dikuatkan fizikal dan mental untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tidak tahu bilakah penghujungnya..

selesai bermunajat, cikgu adila berteleku disejadah bertemankan Al-quran dan kipas yang ligat berputar..cikgu adila sekadar memandang kosong ke sejadahnya...

tatkala itu terdetik dihati cikgu adila untuk menghadiahkan sesuatu untuk dirinya...sesuatu yang amat bermakna yang telah lama terbuku dalam diri cikgu adila..transformasi...ya transformasi..

cikgu adila memang seorang guru yang masih muda untuk mengenali erti kehidupan dan terkadang keliru dengan pilihan dan sering tersungkur dalam perjalanan hidup..namun kaki perlu digagahkan, badan perlu dilayangkan bagi meneruskan sisa-sisa hidup yang masih tinggal...

di dalam hati cikgu adila ada satu hajat yang masih belum selesai.. keinginan yang telah lama terpendam di dalam lubuk hati yang masih belum dapat dizahirkan dek lemahnya jiwa..

dan hari ini, cikgu adila meresa terpanggil untuk menunaikan hasrat itu.. mungkin sudah sampai seru..cikgu adila terus berdoa agar hatinya mantap untuk melakukan perubahan kerana Allah Taala..

masih terngiang dikepala cikgu adila akan sebaris kata oleh ustaz semasa cikgu adila menghadiri kursus perkahwinan "jadikanlah dunia ini ibarat penjara dan nikmati ganjarannya disyurga kelak"..

dan penjara itulah yang sedang dibina oleh cikgu adila..penjara yang penuh dengan peraturan dan tatacara hidup yang bakal menyelamatkan cikgu adila di dunia dan di akhirat...

cikgu adila berfikir lagi...membetulkan duduknya kepada berbaring pula..jam sudah melewati ke pukul 3 dan mata cikgu adila masih gagal ditewaskan..

"awak tak kesian ke kat suami-suami awak...bayar mahal-mahal untuk mendapatkan awak sedangkan awak sewenangnya mendedahkan hak milik awak pada orang lain.. dan laki-laki semua awak tak rasa rugi ke?" kata-kata ustaz tadi masih tergiang-ngiang..

kata-kata itu terus mendera hati cikgu adila dan membuatkan cikgu adila terus berfikir...berfikir dan terus berfikir..

cikgu adila kembali berdoa agar Allah menguatkan hatinya untuk terus berubah kearah kebaikan..

"YA ALLAH kuatkan hati cikgu adila agar dia tetap dan sentiasa istiqamah dengan keputusan yang telah diambil"..cikgu adila terus melelapkan mata di dalam senyum dan kini semakin menghampiri misinya yang seterusnya....

Tuesday, July 26, 2011

panggilan RAMADHAN



kehangatan ramadhan setahun yang lepas masih dirasai dan seolah-olah masih terlalu awal untuk menyambut ramadhan lagi..
masih terbayang dibenak cikgu adila berjalan kaki ke masjid taman guar perahu untuk solat tarawikh bersama-sama rakan-rakan, jauriah, latifah dan nadia..

ramadhan datang lagi.. bulan melibat gandakan amal ibadah, bulan untuk membaiki dan memperbaharui taubat..bulan yang penuh kebaikan dan nikmat..

tahun lepas, cikgu adila dan jauriah bergabung tenaga untuk mengkhtamkan 30 juz al-quran secara perkongsian tadarus.. tahun ini bagaimana???

cikgu adila meneliti beberapa perkara yang ingin diselesaikan sepanjang ramadhan ini..dan antaranya
1. baju raya untuk keluarga tersayang
2. kewangan untuk juadah berbuka dan sahur
3. persiapan untuk menanmbahkan amal ibadah-solat malam, tadarus dan bacaan ilmiah
4. kerja-kerja sekolah

puasa kali ini berbeza dengan puasa-puasa yang lepas. ini merupakan puasa pertama cikgu adila di melaka bertemakan rakan serumah dan bayi lelakinya..

puasa yang dinanti.. itu lah yang berlegar dikepala cikgu adila..
puasa kali ini dirasakan amaat bermakna kerana bakal mengajar diri cikgu adila untuk tabah dari segi mental, fizikal dan rohani sebagai seorang guru dan muslimah..

untuk melayan kerenah anak-anak murid pada bulan puasa memerlukan kekuatan hati yang tinggi, untuk menyelesaikan segala tugasan disekolah juga memerlukan ketahanan mentak yang cekal dan untuk menambahkan segala amal juga memerlukan rohani yang kental...

dan tahun penuh keberkatan ini, cikgu adila berharap dapat membuat sedikit perubahan pada diri, amal ibadah juga dipertingkatan dan menyucikan kembali hati yang sudah kembali berkarat..

ayuh semua, sambutlah kehadiran ramadahn seolah-olah menantikan kedatangan insan yang tersayang yang telag lama dirindui...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

Friday, July 8, 2011

Temu Duga SPP

cikgu adila terjaga tatkala jam berbunyi pada pukul 5.30 pagi..mata sudah tidak mampu untuk dilelapkan dan cikgu adila terus bangun untuk kebersihan diri dan solat subuh..seusainya cikgu adila bermunajat dengan membaca Al-Quran bagi ketenangan hati..

hati cikgu adila yang keresahan untuk menghadapi temu duga kembali tenang. selesai mengenakan pakaian cikgu adila terus menghidupkan keretanya.. dengan lafaz memuji nama Allah cikgu adila terus memandu ke Menara Persekutuan Melaka, tempat untuk di temu duga.

sampai disana cikgu adila terus memarkirkan keretanya di tempat yang disedaikan dan mendaftarkan diri dan Alhamdulillah cikgu adila merupakan orang ketiga yang sampai.

jam menunjukkan pukul 8 pagi dan mereka yang bakal ditemu duga sudah mula memenuhi bilik yang disediakan. kami diarahkan untuk menyemak semula fail-fail yang dibawa dan bersedia kerana sesi temu duga akan di jalankan..

sesi pertama sudah bermula dan cikgu adila menunggu dengan penuh resah... rakan-rakan yang lain ada yang sibuk berbincang tentang perkara yang berkisar pendidikan dan ada yang hanya memeluk tubuh sahaja..

cikgu adila sudah tidak mahu membelek nota-nota, bukan sudah pandai atau faham tapi tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. cikgu adila hanya memandang TV yang membisu didepannya walaupun gambarnya bergerak-gerak..

tiba sesi kedua..kerani yang bertugas sudah memanggil beberapa baris nama dan disitu juga terselit nama cikgu adila..

cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan melangkah kehadapan..cikgu adila sudah berpeluh-peluh dan redha dengan apa jua soalan yang bakal ditanya..

berjalan berlima-lima memasuki bilik temuduga...cikgu adila mengambil tempat yang pling tengah. bukan orang petama yang menjawab soalan dan bukan orang yang terakhir untuk menjawab..

"cikgu adila releks ye...jangan cemas", tegur penemuduga yang dipertanggungjawabkan..
cikgu adila sedikit kaget kerana belum lagi sesi temuduga dijalankan dia sudah disapa oleh penemuduga... cikgu adila menarik nafas dalam-dalam..

soalan individu mula ditanyakan seorang demi seorang..sampai ke giliran cikgu adila..
sila perkenalkan diri anda..

CA :nama saya adilawati binti abdullah, berumur 24 thun dan kini berkhidmat di SK felda bukit sengeh
P :owh mengajar di felda.. apa maksud felda ?
CA : lembaga kemajuaan tanah persekutuan
P : dalam bahasa inggeris?
CA :Federal land development agency
P : agency??
CA : maaf, association...peluh sudah memercik...cikgu adila sudah sedikit panik..soalan yang tidak dijangka sudah keluar...nafas ditarik lagi..maka penemuduga memulakan sesi ceramahnya..

P : sebagai seorang pendidik cikgu mesti menguasai segala ilmu..sebagai cikgu di felda cikgu mesti tahu ilmu tentang felda agar dapat memberikan penejelasan kepada masyarakat dan bla2x...

cikgu adila dan guru-guru muda lain hanya menadahkan telinga...

P :ok apa subjek yang cikgu adila ajarkan di sekolah ?
CA :sains, matemati dan pendidikan seni
P: berapakah bidang dalam mata pelajaran pendidikan seni?
CA : 4
P : nyatakan
CA: pertama menggambar, kedua kraf tradisional, ketiga.. belum sempat cikgu adila menyambung isi seterusnya penemuduga itu telah menyapa
P : cukuplah sekadar dua saya tak minta semua..

cikgu adila menarik nafas sekali lagi. terkejut dengan sapaan secara tiba-tiba itu..

soalan individu sudah beralih kepada calon seterusnya.. cikgu adila sudah mampu tersenyum..

setelah sesi soalan induvidu bagi kelima-lima calon sudah habis, kini beralih pula kepada sesi berkumpulan...

P: saya tidak akan menanyakan soalan-soalan fakta tentang KSSR, NKRA, FPK dan apa sahaja kerana saya pasti anda semua begitu cekap dalam hafalan. saya akan menanyakan soalan kefahaman bagi melihat sejauh mana anda semua faham tentang dasar-dasar yang telah dijalankan...

penemuduga membuka bicara sambil melihat kewajah kami seorang demi seorang.cikgu adila hanya mampu tersenyum bagi menghilangkan segala kegusaran.

P : baiklah apah hasrat utama FPK
maka dengan yakin dan bertenaga kami semua secara bergilir-gilir menjawab
"falsafah pendidikan kebanhsaan adalah satu usaha berterusan bagi melahirkan modal insan yang yang seimbang dan menyeluruh dan bla bla bla... entah apa yang kami semua merepek pun tak tahu..dan akhirnya penemuduga itu tersenyum dan menanyakan lagi soalan.

P : baiklah tadi awak nyatakan dua perkara, berketrampilan dan berakhlak mulia..sila nyatakan perbezaan bagi kedua-dua perkara ini.

maka kami pun menyatakan pendapat masing-masing dan pada pendapat cikgu adila
CA : pada pendapat saya. kedua-dua ini adalah berbeza kerana penampilan adalah apa yang dapat dilihat pada zahirnya sebagai contoh cara memakaian, senyum dan kemas. manakala bagi berakhlak mulia pula merupakan sikap yang ditunjukkan sebagai contoh baik hati dan tolong menolong.

setelah semua orang menyatakan buah pendapat masing-masing dan penemuduga juga seolah-olah berpuas hati maka sesi temuduga kini terbuka kepada sesi soalan kepada penemuduga pula dan seorang rakan cikgu adila yang begitu berani telah tampil dengan satu soalan yang cukup baik..

CS: tuan haji, adakah kami semua akan lulus

penemuduga yang ditugaskan hanya tersenyum dan menjawab
P : jika saya bagi awak semua lulus diakhirat nanti saya akan jawab, kalau saya tak bagi awak semua lulus pun saya akan jawab..keputusan memang amat sukar untuk dilakukan dan keputusan ini kami akan bincang dan teliti..awak semua jangan bimbang, setiap keputusan yang diadili akan mengambil kira semua aspek..

jawab penemuduga dengan penuh hikmah dan menyambung percakapannya..
P : kalau saya bagi skala satu hingga 10. berapakah skala yang awak semua akan letakkan pada diri anda sendiri. jawab dengan jujur dan skala ini tidak akan menjejaskan keputusan temuduga awak semua.

4 orang dari lima orang menjawab 5 dan cikgu adila dengan yakinnya meletakkan dirinya pada skala 6. bukan yakin kepada diri atau 'over confident' namun hanya angaka ini yang terlintas dikepala cikgu adila...

maka sesi temuduga pun tamat maka kelima-lima cikgu muda itu melangkah keluar dari bilik penemuduga dengan hati yang senang dan didalam hati-hati mereka, mereka berdoa agar lulus temuduga ini bagi memastikan taraf guru sandaran siswazah terlatih dapat ditukarkan kepada guru siswazah terlatih.. cikgu adila turut berdoa...

* cerita ini telah diolah bagi menjaga sensitiviti

Tuesday, June 28, 2011

scene 4

cikgu Adila membelek planner hitam miliknya.. kotak-kotak untuk bulan 7 sudah hampir penuh... cikgu adila merenung satu persatu dengan penuh teliti..
10 julai- hantar budak program klinik tv astro di PPD jasin
13 julai - hantar perancangan bilik akses
16 -17 julai - kursus peribadi
19 - 21 julai - kursus guru baru di brisdale hotel KL
23 - LDP skfbs
25 - 27 Julai - kursus guru data hotel permaisuri MITC

cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan tersenyum sendiri. bulan ini baru dirasakan cikgu adila kembali hidup.. hidup sebagai guru sudah nampak sedikit terarah dengan rutin-rutin yang bertambah sibuk..

namun cikgu adila tidak mengeluh tetapi semakin gembira kerana kini masa-masanya tidak lagi dibuang begitu sahaja di sebuah teratak teres yang tidak bersyiling..

cikgu adila kembali mengemaskan barang-barang diatas mejanya..
dicapainya fail guru baru dan dibelek-belek.. masih banyak yang perlu di 'up-date'..

di letakknya fail itu didalam beg dan dicapainya buku aktiviti matematik murid tahun 3.. niat dihati hujung minggu ini cikgu adila akan mengemas rumah,menyiapkan perancangan bilik akses, menambah baik fail guru baru, menanda buku matematik yang sudah meninggi dan menghantar budak ke PPD Jasin..

tahniah cikgu adila, kini masa-masa anda akan dapat digunakan sebaiknya..
nikmat kesabaran dan keikhlasan adalah yang paling indah..
sentiasalah TERSENYUM dan IKHLASKAN HATI =)

Tuesday, June 21, 2011

Terima kasih dunia..

perasaan untuk mengucapkan terima kasih melaup-luap..
terima kasih dunia...
DUNIA..
kau telah menyedarkan aku betapa perihnya sebuah kehidupan bagi mereka yang bergelar dewasa..kecewa, sedih, marah, keliru, celaru dan putus harapan..terima kasih

namun terima kasih juga kerana kau juga memberikan kemanisan yang tiada hingga...kebahagian, kegembiraan, rasa senang hati,kasih sayang dan cinta

tapi..hari ini aku faham wahai dunia..
hidup adalah kombinasi keduanya...suka+duka=dunia..

wahai dunia, sudilah kiranya untuk kau masih membiarkan aku memijak bumimu dan sudilah kiranya aku menghirup udaramu..

sesungguhnya aku sudah penat berkelana, namun kugagahkan hati untuk mereka yang masih perlukanku..

Thursday, June 16, 2011

Mencari erti

cikgu adila menghela nafas sedalamnya melepaskan segala yang terbuku didada.. kepala dirasakan amat berat dan perasaan dihati sangat menebal..cikgu Adila membetulkan baringannya.. dipandang TV dengan pandangan kosong..lawak Bang Bang Bom langsung tidak menari minatnya..

di dalam kepala masih memikiran laporan kemajuan murid yang masih tidak siap, temuduga SPP yang bakal dilalui dan upah tugasan yang diambilnya.. masa makin singkat dan dirasakan seolah-olah nyawa sudah dihujung tanduk..

namun malam ini cikgu Adila tidak mampu untuk berbuat apa-apa..untuk membuat laporan murid tangan sudah minta untuk berehat, untuk membaca untuk temuduga kepala sudah mahu 'jam' dan untuk membuat tugasan terasa tidak ada hati... dan akhirnya lampu dipadamkan dan cikgu Adila membaringkan diri diatas tilam nipis..

sunyi malam membuatkan cikgu Adila semakin sepi..ingin mengadu nasib pada yang lain tapi takut-takut orang lain juga mempunyai masalah yang lain.. biarlah hati sendiri yang menanggung resah yang tiada awal dan akhirnya... akhirnya cikgu adila terlelap jua...

bangun pagi hari dirasakan amat sugul..tiada 'mood' untuk ke sekolah apatah lagi untuk meneruskan pengajaran..kabus dan hening pagi yang menusuk hingga ke tulang memburukkan lagi keadaan..

sampai di sekolah, cikgu adila mengambil masa berminit-minit untuk turun dari kereta.. untuk melangkah kaki pun terasa berat..namun mengenangkan amanah dan tanggujawab, langkah diatur juga..ku rela walaupun terpaksa...

1.30 p.m... cikgu adila mengulangi rutin yang sama seperti semalam, minggu lepas, bulan lepas dan bulan lepas iaitu pulang ke rumah..sampai kerumah cikgu adila masih mengulangi rutin yang sama iaitu masuk kerumah, buka kipas, buka tv, tukar pakaian, mandi, solat dan menonton televisyen..

cikgu adila memandang kipas lagi..mengeluh lagi..jauh di sudut hatinya ingin sekali untuk membuat perubahan dalam hidup..mempunyai hobi, berekreasi bersama teman-teman..

akhirnya selesai solat asar, cikgu adila terus memecut keretanya ke Tangkak.. bandar yang kedua terdekat selepas Jasin..20 minit pememduan semata-mata untuk membuat pembaharuan pada rutin iaitu berjoging...

tahniah cikgu Adila, anda sudah melakukan pembaharuan dan kelaianan dari kebiasaan.. hari ini kembali bermakna..mungkin ini sebahagian daripada hidup yang singkat dan rencah kehidupan...cikgu Adila bertahanlah..ikhlaskan hati, betulkan niat dan anda akan temukan cahaya...TERUSKAN BERTAHAN..

Friday, May 20, 2011

Hari guru pertama buat guru novis

terjaga dari tidur pagi 16 mei, cikgu adila menyiapkan diri seperti biasa..memilih untuk memakai baju berwarna hijau dan mengharapkan dirinya hari ini setenang dan senyaman warna hijau..

memandu kereta ke sekolah seperti biasa dan ucapan 'selamat hari guru' yang pertama pada hari ini diucapkan oleh pengawal keselamatan sekolah. cikgu adila mengganggkat tangan tanda hormat dan mengucapkan terima kasih.

cikgu adila melangkah ke blok pentadbiran dengan seribu senyuman... haru yang dirasakan tenang sekali dan suasana yang indah sekali. mungkin inilah perasaan kali pertama menyambut hari guru buat kali pertamanya..

sebelum ke dewan, cikgu adila sempat melihat mesej di telefon. beberapa mesej dari rakan-rakan seperjuangan yang juga merupakan guru novis turut mengucapkan hari ulang tahun untuk para guru itu. dan mesej ringkas dari ibu membuatkan cikgu adila tersenyum 'selamat hari guru sayang'.

perhimpunan hari guru pun bermula dengan ucapan dan perutusan hari guru dari PM dan KPM, ringkas dan padat namun hasratnya tetap sama iaitu semoga guru dapat membentuk generasi pemangkin untuk masa hadapan.

tibalah masa utuk menyanyikan lagu 'Guru Malaysia'. menyanyikan lagu ini buat kali pertamanya selepas menjadi seorang guru memberikan satu aura yang lain kepada cikgu adila. seram sejuk, meremang bulu roma, darah menyirap ke kepala...cikgu adila faham akan bait-bait lirik lagu ini dan di dalam hatinya terus berazam untuk menjadi guru yang bukan sahaja pada nama tapi guru dari hati..

menganggkat tangan untuk berikrar membuatkan cikgu adila menjadi sebak..emosi menakluki dirinya...mungkin inilah perasaan yang dilalui oleh guru-guru novis di luar sana...

selesai perhimpunan, cikgu adila melihat mata-mata anak muridnya dan dari setiap sinar mata mereka ada harapan yang menggunung..

cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan langkah di susun... di dalam hatinya terdetik, 'SELAMAT HARI GURU CIKGU ADILA, semoga menjadi guru yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa'...

Saturday, April 30, 2011

My first pay...

cikgu adila memeliti dompetnya dan duit yang tinggal hanyalah rm 50..cikgu adila kembali mencongak-congak di dalam kepala.. mana duit makan, mana duit minyak, mana duit utiliti..cikgu adila mengeluh sejenak dan kembali menarik nafas.

cikgu adila melihat kalendar di dinding.. 2 hari lagi adalah tarikh yang dijanjikan iaitu 29 april. cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan berharap semuanya akan kembali dalam keadaan sedia kali dalam masa 2 hari lagi.. dan cikgu adila terus melelapkan mata..

29 April sudah menjengah dan cikgu adila tampak sedikit bertenaga.. datang kesekolah dengan penuh harapan bahawa gaji akan masuk..di bilik guru, cikgu adila hanya teringatkan bank CIMB sahaja.. gaji, gaji dan gaji...

usai kelas, 12 pm, cikgu adila terus memecut ke pekan terdekat iaitu Jasin dengan ditemani oleh cikgu suzi. perjalan 20 minit pada hari ini di rasakan terlalu lama... mungkin cikgu adila begitu tidak sabar untuk melihat peningkatan dalam akaunnya..

cikgu adila memakirkan keretanya di tempat letak kereta terdekat dan terus melangkah penuh harapan ke bank..
setelah no pin ditekan, tertera rm63.59...cikgu adila sangat kecewa dengan perkabaran itu.. dengan hati yang walang dan perasaan yang sedih, cikgu adila memandu pulang..

tiada kata yang dapat menggambarkan kata-kata cikgu adila pada ketika itu dan hanya air mata yang menemani cikgu adila tika ini...terbayang dimata barang-barang kelengkapan rumah yang sudah hampir habis dan terbayang minyak kereta yang sudah minta diisi...cikgu adila menangis lagi ..

malam yang suram menemani cikgu adila.. ditemani dengan kipas angin yang setia cikgu adila melihat perbelanjaan yang sudah diteliti..melihatkat perbelanjaan yang sudah dianggarkan, hati cikgu adila kembali terusik...

30 apr cikgu adila memandu kesekolah untuk menghadiri kursus LDP.. cikgu adila sudah melupakan masalah semalam dan bangkit dengan satu semangat yang baru.. duit boleh dicari..

memasuki bilik komputer cikgu adila terus membuka komputer dan icon internet terus ditekan...selepas ber'sarapan pagi' dengan facebook cikgu adila tergerak hati untuk melihat duit didalam akaun CIMBnye...

selepas memasukkan nm ID dan password, cikgu adila terus menekan butang teruskan dan tertera jumlah di dalam akaun cikgu adila ialah RM61++.++..
mata cikgu adila buntang dan merasa sungguh tidak percaya...

di dalam hati "gaji dah masuk!!!"..cikgu adila menjerik kegembiraan dan kegembiraan ini dikongsi dengan rakan guru yang lain...

alhamdulillah, satu lagi fasa kesusahan hidup sudah berakhir dan kini cikgu adila mampu tersenyum lebar... segala yang dirangkakan sejak mula masuk mebgajar dulu kembali dalam genggaman...

syukur Ya Allah...sesugguhnya selepas kesulitan pasti ada kejayaan...

Thursday, April 14, 2011

scene 3

"apa pengadil ni.. pandai tiup ke tak pandai tiup", satu baris itu singgah di telinga cikgu Adila. darah cikgu adila berdesir namun nafas ditarik dalam-dalam. cikgu adila tidak mampu mengucap sepatah kata.

seluruh mata guru-guru yang berbaju biru yang berasa dihujung padang memandang tajam kepada cikgu adila dan cikgu adila kini menjadi topik maki hamunnya.

wisel penamat sudah dibunyikan oleh pengadil pertama dan seraa itu jugalah air mata menitik kepipi cikgu adila tanpa sedar. tanpa berlengah lagi cikgu adila terus ke meja pencatat untuk menandatangani borang markah.

"sabarlah adila, adat lah tu orang baru. akak dulu pun macam tu jugak", sapa rakan pengadil.

"orang baru memang kena menangis dulu. takpe pelan-pelan belajar",tambah seorang rakan guru yang lain. air mata semakin laju menghujani pipi cikgu adila. sekumpulan murid memandang cikgu adila dengan penuh tanda tanya dan kelihatan sekumpulan guru berbaju biru itu masih tidak berpuas hati.

cikgu adila terus berlalu ke meja urusetia untuk mengadu nasib dengan cikgu siti sakimah yang kelihatan berada di khemah tersebut.

sampai disana, air mata mengalir semakin laju dan apa yang berada di dalam hati sudah dapat diluahkan.

bukan cikgu adila menyesal untuk menjadi pengadil baru tapi cuma ingin mengadu nasib. sememangnya cikgu adila ingin sekali menambahkan ilmu perguruan dari segala bidang baik kurikulum atau ko-kurikulum. namun pengalaman hari ini begitu memedihkan dan cikgu adila berasa seolah-olah ingin memijak saja wisel ditangannya. namun kewarasan masih berada pada tahap teratas.. alhamdulillah..

setelah meneguk air, cikgu adila terus menuju kebilik akses untu berehat. diharap pengalaman hari ini akan dapat dilupakan walaupun ia tidak mudah seperti yang disangka. harapan cikgu adila agar dia akan dapat memajukan diri sendiri dan akan kelak ampuh dan tegar bertahan untuk menjadi guru yang cekap..

dalam hati kecil cikgu adila berkata "beginilah kalau sudah cikgu permulaan"..

Sunday, March 27, 2011

Scene 2

Nama : Mohd Zikril Haqim
Ujian Matematik : 13%

cikgu Adila merenung kertas ujian itu dengan pandangan yang kecewa. nafas ditarik dalam-dalam dan minda ligat memikirkan sesuatu.

Zikril Haqim atau lebih dikenali dengan Haqim sememangnya memiliki rekod markah yang tidak membanggakan sejak dari darjah 1 lagi dan salah seorang daripada murid pendidikan khas adalah abangnya.

cikgu Adila meraup kedua tangannya ke muka dan memohon segumpal kekuatan dari yang Maha Esa.

Memasuki kelas itu sekali lagi untuk mengajar topik darab seperti biasa dengan membawa bahan bantu mengajar telah menjadi rutin. namun mood cikgu adila sedikit kurang baik pada hari ini.

latihan yang diberikan untuk disiapkan pada cuti sekolah hanya sia-sia, pesanan untuk menghafal sifir ibarat angin lalu yang singgah di telinga murid-murid 3 Amanah. Amukan cikgu adila memuncak apabila ada yang bermain pemadam ketika cikgu adila memerah keringat dihadapan.

suara cikgu adila sudah melengking. warga sekolah yang lalu lalang di tepi kelas sudah tidak dihiraukan. cikgu suzila yang berada di blok sebelah yang memandang cikgu adila dengan hairan juga tidak diendahkan. cikgu adila sudah bertukar menjadi singa.

perasaan marah sudah tidak tertahan... nafas ditarik dalam-dalam dan mata dipejam rapat-rapat... cikgu adila kembali semula kedunia yang nyata. mujurlah tiada sebarang objek yang terbang pada saat itu..cikgu adila kembali kedunia nyata bahawa murid-murid banyak kerenahnya atau mungkin mereka ada masalag peribadi atau mungkin mereka tidak memahami isi pembelajaran.

sewaktu mengarahkan murid-murid untuk meyelesaikan masalah di dalam buku aktiviti, tiba-tiba haqim menggangkat tangan dan bertanya "cikgu saya nak kena buat jugak ke soalan ni".

cikgu adila mengeluh sendiri. hari ini cikgu adila terlupa untuk menyediakab soalan aras yang lebih rendah kepada haqim.. dia betul-betul terlupa. memmandang wajah haqim cikgu adila diserbu rasa bersalah.

cikgu adila menghampiru haqim dan membelekkan buku aktiviti untuk haqim dan mujurlah masih ada soalan aras rendah untuk diselesaikan oleh haqim.

usai kelas, cikgu adila duduk berteleku didalam bilik guru. kepalanya ligat memikirkan masalah kelas matematiknya dan tiba-tiba cikgu suzila bersuara dari belakang. "adila kenapa tadi, sampai ke kelas akak dengar suara. terkejut akak",

"budak tu akak. mahu tak saya jadi singa hari ni, kerja tak siap, sifir tak ingat lepas tu main-main. orang nak tolong dia pandai dia pulak yang main-main", adu cikgu adila.

"biasa la tu adila nama lagi budak-budak. tapi budak kelas tu memang nakal sikit. kena banyak sabar la", tambah cikgu suzila lagi.

cikgu adila kembali teringatkan haqim. murid yang paling lemah. cikgu adila tidak boleh untuk tidak memikirkan murid ini kerana cikgu adila takut akan hukum dunia dan balasan Allah.

mungkin balasan dunia tidak akan menimpa dirinya namun bagaimana dengan adik beradik dan anak-anaknya nanti. bagaimana sekiranya mereka mempunyai masalah yang sama dan guru tidak menghiraukan mereka dan membiarkan mereka terus tercicir. perkara ini sering terlintas dibenak cikgu adila. dan bagaimana pula dengan hukum Allah. halalkah gajinya sekiranya dia tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk murid-muridnya dan terlalu cepat berputus asa tanpa terlebih dahulu mencuba??..

cikgu adila kembali berfikir..
bagi masalah tidak ingat sifir cikgu adila sudah mengambil keputusan untuk membuat carta sifir. bagi mereka yang membaca sifir paling banyak pada minggu tersebut akan diberikan hadiah..

bagi masalah tidak dapat menyelesaikan masalah cikgu adila mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah soalan dari 20 soalan setiap hari kepada 10 soalan. mungkin murid sudah banyak terbeban dengan tugasan yang lain.

bagi masalah haqim cikgu adila mengambil keputusan untuk perbanyakkan soalan aras rendah dan menyediakan rakan mentor untuknya dan murid yang dirasakan palingb sesuai adalah Amira Farisya. amira murid yang cerdas dan mendengar kata.

memasuki kelas pada minggu berikutnya setelah 3 pendekatan ini digunakan membuatkan hati cikgu adila kembali lega.. murid-murid sudah menunjukkan minat untuk menghafal sifir dan jumlah murid yang berjaya menyiapkan tugasan sudah meningkat dan yang paling penting pembelajaran Haqim sudah menunjukkan peningkatan.

dalam satu kelas ketika mendekati amira farisya dan haqim dan tiba-tiba amira bersuara "cikgu, haqim dah mula faham. dah pandai dah sikit dia sekarang", dan amira tersenyum. cikgu adila membalas semyuman amira dengan perasaan yang lega..

cikgu adila menggosok kepala amira dan didalam hatinya berkata "terima kasih amira". dan bahu haqim pula ditepuknya sambil berkata "pandai pun Haqim". haqim mendongak dan memandang tepat kearah cikgu adila sambil tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.. cikgu adila tersenyum puas..

Sunday, March 20, 2011

Scene 1

"cikgu tengok Ain Nisha ni kacau saya", Amirul memanggil Cikgu Adila persis meminta perhatian. Amirul sudah dilabel murid nakal di SKFBS. Cikgu Adila menjeling dan tidak menghiraukan mereka. Ain Nisha tersengih.

"Cikgu, Ain Nisha ambil pemadam saya", adu Amirul lagi.
"Amirul Ridhwan, balik ke tempat kamu. Ain Nisha cepat siapkan kerja", suara Cikgu Adila sudah meninggi. Cikgu Adila sedikit kepenantan melayan kerenah mereka ekoran beban kerja yang bertambah dan cuaca yang sedikit panas.

"Cikgu, Amirul kacau saya", jerit Haqim pula.
Cikgu Adila sudah tidak tahan dengan tindak tanduk Amirul. langkah diatur laju untuk mendapatkan Amirul. tangan Amirul diraih dan ditariknya. di tariknya Amirul ke meja guru di sudut kelas.

"awak duduk kat meja ni. kalau awak bergerak siap awak", marah Cikgu Adila. Amirul tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

balik ke bilik guru, Cikgu Adila ligat memikirkan apakah pendekatan yang paling tepat dapat digunakan untuk mengawal bilik darjah atau secara spesifiknya Amirul. segala buka telah dibuka dan pendapat guru-guru lama telah diambil kira.

tiba-tiba Cikgu Adila teringat akan kertas-kertas yang diedarkannya semasa pertama kali menjejak kaki ke kelas tahun 3 iaitu borang suai kenal.

ditelitinya latar belakang Amirul.

nama : Amirul Ridhwan
pekerjaan ibu : sapu sampah kat sekolah
pekerjaan bapa : sudah meninggal

cikgu Adila berfikir sejenak. fikirannya kembali rasional dan kini dia sudah pasti pendekatan apa yang perlu digunakan.

memasuki kelas tahun 3 pada hari seterusnya dan mengajar subjek matematik seperti biasa dan memberikan latihan sebagai pengukuhan.

"Cikgu, Amirul pukul saya", jerit Hafiza dari belakang. Cikgu Adila terus mendapatkan Amirul. bahu Amirul dipegang lembut.

"Amirul kenapa ni?", tanya cikgu Adila lembut penuh hikmah. Amirul terkejut dan memandang tepat ke wajah Cikgu Adila.

"Amirul tak ada pensil ke? atau tak ada pemadam", tanya Cikgu Adila lagi. Amirul sekadar menggeleng.

"Kalau Amirul ada masalah datang jumpa cikgu. kalau tak tahu nak buat soalan angkat tangan nanti cikgu datang", Amirul menggangguk lagi.

"Amirul budak baik kan", tambah Cikgu Adila lagi dan berlalu meninggalkan Amirul dan didalam hatinya berharap pendekatan yang digunakan berjaya.

seminggu berlalu dan perangai Amirul beransur baik. kerja sudah siap, sifir sudah mahu dihafalnya, namun nakal kanak-kanak tu masih ada. adatlah perangai budak-budak.

sebelum meninggal kelas sebelum cuti penggal Amirul menanyakan satu soalan, "Cikgu lepas cuti cikgu nak suruh hafal sampai sifir berapa?",

"Sifir 1 sampai 9", dan cikgu Adila berlalu dari kelas itu. di dalam hati kecil cikgu Adila berdoa agar Amirul akan terus berubah bukan untuk cikgu Adila tapi untuk dirinya sendiri. Cikgu Adila tersenyum sendiri..

Saturday, March 19, 2011

17 mac 2010 - konvokesyen @ PICC




akhirnya konvokesyen datang jua setelah 5 tahun setengah bertungkus lumus di maktab...banyak perkara dan pahit maung telah dihadapai untuk mencapai ketahap ini...pelbagai perubahan juga telah di harungi dan Alhamdulillah berkat azam, usaha, ketabahan dan doa, segulung ijzah dapat digenggam kini...

berkumpul semula dengan rakan-rakan yang ditempatkan di segenap pelosok tempat di Malaysia membuatkan saya begitu teruja... ada yang sudah kurus dan ada yang makin mengembang dan ada juga yang sudah membuat transformsi dalam fasionnya.. apa pun yang telah berlaku hanya hati-hati kami sahaja yang mengetahuinya..

melihat mata-mata rakan-rakan semua membuatkan saya rindu akan zaman belajar..membuat tugasan bersama, bersukan bersama, BIG bersama, jaga anak orang asli bersama, kena maki bersama, menangis bersama...semuanya bersama..saya kuat kerana ada anda semua wahai teman-teman..

semalam kita berpisah lagi dan saya berharap ukhuwah kita tidak berakhir di sini..mungkin bentuk muka bumi memisahkan kita namun di hati tidak..pasti saya rindukan kenangan lalu yang sentiasa segar di kotak kenangan ini..hanya maut dapat merenngut semua ini..

untuk rakan-rakan semua yang telah banyak berkongsi suka duka, pahit maung, asam garam kehidupan remaja dalam mengenal erti hidup, jutaan terima kasih saya ucapkan dan kita memang di takdirkan untuk bertemu dan mencipta sejarah dalam hidup masing-masing...

seandainya kita semua ditakdirkan tidak berjumpa lagi, sepotong doa saya titipkan untuk kalian semua agar sentiasa di bawah lembayung rahmatNya..perjalanan hidup masih jauh.. teruskan dengan hati yang tabah.. sebarkan ilmu-ilmu yang terbaik untuk anak bangsa dan demi agama tercinta...

kejayaan masa depan menuntut seribu pengorbanan...ayuh guru-guru permulaan kita berjuang.. =) love u all


Saturday, March 12, 2011

Terima Kasih Ya Allah

erima kasih ya Allah kerana membenarkan aku merasainya sekali lagi indahnya perasaan ini ya Allah...sekian lama aku berdoa dengan penuh kusyuk dan kesabaran sementara yakin Kau akan mendengarnya dan akhirnya Kau menjawab segala persoalaan dan memberikan segala pemintaanku...sungguh aku amat berterima kasih dan setinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Allah..

ya Allah, terkadang aku malu untuk meminta lagi kepadaMu kerana aku ini insan yang penuh kekhilafan namun jika bukan kepadaMu kepada siapa lagi untuk aku mengadu..

ya Allah..
jangan Kau renggut lagi rasa ini..
ya Allah..
jagalah hati kami untuk sentiasa berpegang pada taliMu..
ya Allah..
lindungilah aku agar aku tidak leka dengan rasa ini wahai tuhanku..
ya Allah..
jika semua ini terbaik untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka permudahkanlah perjalanan ini ya Allah..

ya Allah tuhan yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, segala yang nyata dan tersembunyi...hanya pada Kau aku memohon pertolongan dan hanya padaMu sebaik-baik tempat kembali...

Saturday, February 12, 2011

all about school

7 februari 2011 merupakan hari keramat dalam hidup shaya kerana saya telah dilantik sebagai guru sandaran siswazan terlatih DC 41.. maka shaya telah melaporkan diri di JPN Melaka dan di SK (F) Bukit Senggeh, Asahan, Melaka..

SKFBS... satu daerah dan tempat yang asing bagi saya. sebagai anak jati Terengganu dan walaupun banyak berdagang di negeri orang, perasaan risau sedikit menerjah..kerisauan yang biasa dialami oleh semua guru-guru permulaan :
1. macam mana keadaan sekolah?
2. mesra tak warga sekolah?
3. GB garang ke x?
4. nak kena ajar apa?
5. cam mana nak idup sementara xdapat gaji?
6. nak kawan ngan sapa nanti?

namun apabila menjejak kaki ke SKFBS, segalanya hilang dan yang tinggal hanyalah kenyataan..hidup perlu diteruskan dan kenyataan perlu dihadapi dengan tabah..

SKFBS..60 minit dari bandar Melaka, dan 20 minit dari pekan terdekat iaitu Jasin..satu daerah yang nyaman dikelilingi deretan kelapa sawit dan pepehon getah dan jalan utama yang begitu mencabar pemandu2..

latar belakang murid di sekolah ini kebanyakannnya berasal dari keluarga peneroka dan pekerja kampung..tiada lagi mengikuti tuisyen diluar..ini bermakna kejayaan mereka bergantung sepenuhnya kepada guru di sekolah termasuklah diri saya ini..

pertama kali menjejak kaki ke kelas darjah 3 untuk mengajar matematik..saya difahamkan bahawa mereka tidak mempunyai guru matematik sejak dari awal tahun ekoran guru yang sudah pencen... oleh itu melihatkan wajah-wajah mulus mereka ati saya terasa tersentuh dan berkobar-kobar untuk mengajar mereka..namun sehingga ke hari ini saya masih tercari-cari rentak dan ramuan yang terbaik bagi membantu mereka..
semoga saya istiqomah...

selain itu, saya juga ditugaskan untuk mengajar p.jasamani dan kesihatan dan pendidikan sivik..walaupun 3 matapelajaran ini merupakan subjek yang tdak penting, namun saya tetap berazam untuk melakukan yang terbaik.. insyaAllah..

kata pepatah : perjalanan seribu batu dimulakan dengan langkah yang pertama..

saya berdoa agar saya ikhlas dalam pekerjaan yang mulia ini dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri..

Thursday, January 6, 2011

Tips menghadapi PRAKTIKUM

tahniah bagi mereka yang bakal menghadapi praktikum fasa 1 dan fasa 3..ini bermaka anda akan mendapat latihan yang sebenar tentang keadaan sekolah.. di sini terdapat sedikit tips yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan..walaupun ini sekadar dari pengalamn shaya sendiri jadi apa yang bakal ditulis diharap boleh dijadi pengiktibaran..

persiapan MENTAL :
1. sentiasa bersabar dengan kerenah pihak pengurusan yang mungkin seolah memperkecilkan kebolehan kita yang sememangnya setahun jagung ini..contoh ayat GB 'saya bimbg nk bg kelas depan kt kamu semua takut akan menjatuhkan prestasi sekolah'.. apa yang patut anda bt...trik nafas, senyum dan jawablah : kami faham cikgu kami masih belajar.. apa yang pihk sekolh bg kami terima (walau dlm ati cm nk tumbuk je GB tu)..jgn pernah bt muka =)
2. apabila dibilik guru : jgn pernah utk msuk dlm click kmupuln mn2..jlnkan dsr bebas dan berkecuali..biarkan sj dan perhatikan sj..yg penting jgn join group mengumpt..bt je keje yg ad..klu xde keje bt2 ad keje klu x adlah keje yg mendatang nnt..ingt tu!!!
3. kalau anda tdk rela utk melakukan kerja lebih jgn mengaku @ memandai2 mmbri cdngan untk melakukan sesuatu..pasti anda yg akan dipertanggungjawabkan..ingt anda 'penyapu baru' so ramai nk test guna..
4. ayat yang biasa akn anda dgr nnt.."memandng cikgu merupkan guru prktikum jd saya nak suruh cikgu bt keje sikit la.ni pun utk kebaikan cikgu,nk bg pengalamn sbb kt sekolah nnt cikgu kne bt keje2 cm ni la" ni ayt dri ckgu yg nk lepas tgn..cara atasi,jgn dok sibuk menyampuk ble cikgu len dk sembang n jgn terlampau ramah dengan cikgu2 lama..bertegur sapa tu boleh tapi tgk time
5. mental anda juga kne kuat bile msuk kelas...kelas depan dengan mslh budk yg 'action'..budk kls blkng dengan mslah malas mereka.. guna lah mn2 teori yg pernh anda belajar dn yg anda selesa..tp dlu shaya guna teori shaya sendiri je..sbb org bt teori 2 senang org yg nk aplikasi tu yang susah..yang penting jgn pernah maki hamun, sentuh budak @ perkecilkan kebolehn mereka sbb jiwa budk sensetif..sekali mereka x percaya kt kita sush kita nk tari perhatian mereka blk.

persediaan FIZIKAL :
1.bagi mereka yang amik opsyen PJ @ minor PJ siaplah kamu...kenapa?? sbb ni awal thun so latihan sukan sedang berlangsung..seorng ckgu pernh berkata kepada shaya "kamu muda lagi jadi kamu latih la bidak2 ni ye" maka cikgu muda ini menurut perintah sambil pns ati tgk cikgu2 senior dk bwh pkok smbil sembng siap berpayung lagi..maka redhalah anda utk 1 @ 3 bulan itu...
jika anda bernasib baik, anda juga yang akan menguruskan segala persatuan atau unit beruniform di sekolah..maka bg KRS bersiap sedia utk ltih kawd kaki =)
2. kasut tumit tinggi??? baik elakkan.. kenapa?? klu nk rasa cm mn nk pth kaki teruskan lah...harus diingat kita akan memanjat tangga sekolah yang tinggu dan berjln ke hulu ke hilir cm YB tau...rskan nnt

persediaan MASA :
1. pada wktu prktikum ni lah anda akan rs masa anda dimnfaat dengn sebaiknya dan kdg kala cm 24 jam sehari x cukup.. percayalah..dengan lesson plan yg nk disiapkan,ABM yg canggih manggih, bt soalan exam, tanda soalan exam,latihan sukan, ko-kudan mcm2 aktiviti lg...so nsiht shaya jgn pernh skip bt lesson plan sbb nadi seorg guru adalh lesson plan..lesson plan xsiap kita boleh GAGAL praktikum..jgn main2
2. hari pertama ke sekolah pastikan anda lebh awl dr GB n PK..klu bleh lg awl dr pak guard hehhe..sbb ini merupakan 'first impression' mereka pd kita..klu bleh ari2 len jg lewh klu 'punch card' jgn ad yg merah..
3. di sekolh,klu ada masa terluang jgn buang masa di katin atau di bilik komputer..siapkan keje2 yg len sprt 'mark' buku, bt lesson plan utk esk, bt ABM @ siapkan report praktikum..ingat pd wktu ni setiap saat adalah berharga...

persiapan ROHANI :
1. bg mereka yg kali pertama mghadapi prktikum psti gugup..so malam sebelum ari pertama boleh lah anda meluangkan masa utk bc surah yassin pohon segala yg dilakukan berjalan lancar, solat taubat dan solat hajat.... insyaAllah semuanya berjalan kancar
2. bangun awal pg n jgn lewt.. sbb mood kite yg tdk baik akn mengganggu hati kita
3. bykkan bersabar dan ingatlah semua yang berlaku adalah utk mematangkan kita
4. buat semua keje dengan ikhlas dan jgn pernah merungut.. =)

keperluan yang perlu sentiasa ada :
- alat tulis spt pen merah dan marker pen
- gunting dan gam (tampl lesson plan)
- pensil warna (kot2 perlu)
- manila card n flash card (ABM)
- kertas mahjong (ABM)
- kotak (ABM)

akhir kata SELAMAT BERJAYA kepada semua..apa yg baik kita kongsi bersama...

Wednesday, January 5, 2011

sejenak 2010

selamat tinggl kpd 2010 yg smestinya meninggalkan pelbagai kenangan yang memberikan 1001 pengajaran dan pengalamn..diharap setiap pengalam n pengajaran yg ditimba mampu dijadikan bekalan utk shaya menempuhi 2011 yg bakal ditempuhi dgn hati yg cekal...

2010.. satu tahun yg begitu pnjg bagi shaya..mengapa???
kerana ini merupakan thun terakhir di IPG sebagai guru pelatih dn seakan-akan aura atau kemahuan utk belajar sedikit menurun..sindrom ini perlu dielakkan jika melarat memakan diri sendiri...

masih sy ingt diawal tahun 2010 yg lalu sewaktu memandu kereta ke IPG dari Terengganu, seorang rakan bertanyakan soalan kpd shaya..
Ali : Dila apa azm mu tahun ni?
Shaya : azam aku tahun ni nk prabih tahun ni je..hanya shaya sahaja yg faham mksud itu kerana penantian thun 2010 sudh lama shaya tggu dn shaya tidak sbr2 untk menghabiskannya..

namun bagi menghabiskan tahun ni tidk semudah yang disangka...
hidup shaya kucar kacir dek proposal AR... perasaan waktu itu memang pelbagai...pening, marah, kecewa dan macam..proposal AR begitu menguji kepintaran, keazamn n keimanan shaya..

tambah lagi dengan praktikum fasa 3...pada waktu itu baru shaya rasakan masa itu bukan sekadar emas tapi tiada nilai taranya...hanya orang yang mengalaminya sahaja fhm akan ap yg shaya rasakan..namun shaya positifkan fikiran dan meneruskan langkah dengan sekuat hati...setiap pagi memandu selama 15 minit kesekolh...lewat sedikit keretapi akan mengjadi musuh shaya dan jam di BM akan menjadi mangsa amukan shaya... alah bisa tegal biasa.. 3 buln berlalu dan shaya rasakan shaya telh buat sehabis baik pada praktikum yg lepas dan buktinya keputusan yg boleh dibanggakan.. =)

MQA time... ini juga masa yang begitu menguji kami.. maklum sajalah kami merupana batch atau product pertama yg akan dikeluarkan olh IPG jd kami menjdi bhn tapisan MQA.. duit habis n fail di Tesco jg habis dibeli untuk membuat fail P&P smster2 yg lepas.. berkat kesabaran pd 10 dec yg lalu MQA telah memluluskan ijazah kami... alhamdulillah... tahniah semua..

report AR pula menjelma...aduh makin tambah sakit kepala..bukan psl tu aja ni juga sebb xde duit..nk dijadikan cerita masa ni jugak elaun tak masuk dn kami perlu menjalankan internship di sekolah..maka sbenarnya AR kami adalah terhasil dari usaha gigih kami bersertakan air mata, bersengkang mata, mengikat perut menahan lpar n dahaga, kekecewaan yg tidk terhingga, perasaan x dipedulikan n kejian ramai pihak.. pada waktu inilah shaya belajar untuk hanya mempercayai cuma diri sendiri =)...
dengan usaha tanpa mengenal makan,minum dan rehat, akhirnya shaya AR siap dengan jynya dan shaya amat berbanggau dengan hasil kerja shaya itu...using mind map to overcome misconseption in the topic of measurement year 4...

dan penutup tahun 2010 ini telah membuat kan shaya sedar bahawa setiap apa yang kita ingin kan tidak semestinya tercapai kerana Allah semestinya merencanakan sesuatu yang terbaik untuk kita...

shaya juga sedar bahawa setiap uasaha yang kita lakukan pasti akan dinilai dan kejayaan pasti akan mengiringi uasaha atas niat yang baik..

selamat tinggal kekecewaan yang lalu..akan ku harungi 2011 dengan hati yang cekal kerana shaya pasti 2011 pasti akan memberikan lebihn byk kecemrlangan...insyaAllah..

semalat datang 2011..semoga permulaan tahun yg baik ini akan memberikan berjuta2 lagi kebaikan dan keberkatan...ayuh mulakan hari kita dengan senyuman dan khalimah suci yang memuji nama Allah dan tutupi hati kita dengan solat witir dan azam utk kebaikan...


2011 -
azam :
1. menghabiskan tahun ini dengan cekal dan tanpa keluhan
2. lebih banyak memberi daripada menerima
3. menjadi guru permulaan yang sanggup utk belajar pelbagai ilmu dan membaiki diri kearah kebaikan


GOOD LUCK ADILA !!!!!!!!!!! =)