Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Monday, April 19, 2010

betul @ tidak???????

assalamualaikum bt yang membaca..
semalam kakak angkat shaya sms shaya...katanya pandangannya tentang hidup telah berubah setelah pulang bercuti ke kampung halaman..apabila shaya membaca sms itu shaya tersenyum..kerana shaya faham benar akan maksud yang cuba disampaikan untuk shaya..walaupun itu mungkin cuma telaah shaya, tapi hati shaya juga berkata 'walau ke mana pun terbangnya sang pipit, kembali ke sarang jua akhirnya"....

mungkin secara tidak sedar kita tidak akan perasan bahawa aura yang paling kuat yang akan dapat kita raih ketika kita memandang wajah ke dua orang kita dan mendengar leteran mereka..

mungkin kedut hodoh dimuka mereka itu tidak melambangkan apa-apa namun kedut-kedut itulah saksi perjuangan mereka membesarkan mereka..setiap titis air liur yang mereka lontarkan untuk menasihatikan kita sering kali hilang ibarat angin lalu..semakin hari bertambah, baru kita sedar itu semua adalah untuk kebaikan diri kita..percayalah suatu hari nanti semua itu akan terungkai kerana masa depan adalah rahsia tuhan.

semakin anak ini membesar, kita akan meninggalkan mereka..belajar, bejkerja dan berkahwin dan terkadang kita melupakan mereka dek kesibukan tanggungjawab sendiri..namun pada dimanakah tempat ynag bakal kita tuju apabila kita dilanda masalah..kerugian dalam bisnes, sakit yang memudaratkan, bercerai dan kematian??? 99.99% daripada kita akan mencari sang tua yang bergelar ayah dan ibu.. mereka lah tempar bergantung kita selain sang Pencipta..betul @ tidak???? jika anda tidak setuju shaya amat bersetuju...

selepas membaca sms itu, tangan shaya terus mendail nama "bonda mariam"... tidak pasti kenapa..tersentuh mungkin....

No comments:

Post a Comment