Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Saturday, May 17, 2014

Atkins Diet

Salam semua... umur muhammad talhah kini sudah mnenginjak ke satu tahun empat bulan...a membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungiNya anakku... .alhamdulillah semog!

Monday, May 5, 2014

in house traning - sistem pengurusan sekolah (SPS)

Tempat : Makmal komputer SKFBS

Waktu : 8.00 am - 11 am

Tarikah : 26 April 2014

Ini minggu lepas punya cerita baru nak upload. Alhamdulillah selesai sudah hutang kerja yang tertunggak bagi mengemaskini data rakan-rakan guru..dek banyak sangat sistem nak kena isi, cikgu-cikgu pun naik pening dibuatnya..

saya bukanlan guru data yang sepatutnya mengendalikan sistem ini. Tapi kebetulan semasa kursus tahun lepas saya yang kena menghadiri kursus ekoran guru data terlibat dengan kursus lain, maka secara automatik saya yang kena pergi dan pegang sistem ni...huhuhu tapi tak pe buat je kerja yang dah d berikan...

sebenarnya SPS merupakan sistem yang baru diperkenalkan di sekolah-sekolah...objektif utama sistem ini adalah menjadi sistem induk kepada sistem-sistem yang lain seperti SSM, APDM, SSDM, SAPS dan pelbagai lagi sistem yang ada..dan ini masih lagi berada diperingkat awal dan permulaan dan saya sendiri masih kabur akan pelaksanaanya...tapi saya akan mencuba sebaiknya untuk menyampaikan input kepada rakan guru yang lain agar tiada keciciran maklumat..

terima kasih kepada rakan guru yang begitu tekun mendengar dan memberikan perhatian kepada LDP pada kali ini...


gaya guru-guru SKFBS bertungkus-lumus menyiapkan sistem


guru besar n GPK HEM pun tidak terlepas dalam kursus LPD :)

Thursday, April 24, 2014

Introducing My Little Hero

Alhamdulillah anak ibu dah 1 tahun 3 bulan....membesar dengan sihat dan aktif...semoga Muhammad Talhah membesar menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama...

Azam Kembali Aktif

alhamdulillah kerana saya masih di berikan kesihatan dan kesempatan untuk menaip di alam maya lagi...sudah hampir 2 tahun berhibernasi dan kini saya berazam untuk kembali aktif...sekadar untuk mengisi masa lapang dan berkongsi cerita kehidupan bersama pembaca-pembaca yang sudi singgah ke blog ini... insyaAllah blog ini akan mengalami ubah suai sedikit selari dengan perubahan cikgu adila yang dulu sebagai seorang guru pelatih kepada guru novis dan kini sudah hampir 4 tahun 2 bulan berkhidmat... walaupum kegunaan blog seolah-olah dilupakan dek munculnya pelbagai laman sosial pada alaf ini, namun cikgu adila merasakan blog masih lagi mampu untuk membuatkan dirinya tenang setelah melayan kerenah murid-murid di sekolah.. semoga segala perkongsian ini akan membawa manfaat =)

Tuesday, July 16, 2013

lupakan hal sekolah

salam ramadhan yang masuk hari ke7...alhamdulillah ini adalah puasa ke2 sebgai seorg isteri tetapi yang pertama berbuka puasa secara rasmi dengan suami dan anak tercinta...sempena memiliki keluarga yang sempurna, cikgu adila begitu rajin dan berazam untuk memasak pelbagai lauk pauk dan kuih muih untuk juadah berbuka. barulah anak dan laki cikgu adila jadi sihat sihat belaka =) memasak dengan tangan sendirikan lebih baik dari makan juadah diluar =) juadah 2 hari lepas adalah nasi arab, semalam nasi tomato n popia, hari ni nak buat spegetti n kuih lompat tikam...ok la cikgu adila nak tutup buku dulu, nak lupakan hal sekolah kejap n nk pergi masak-masak.... selamat memasak =)

Friday, June 28, 2013

Bertapa dalam gua

assalamualaikum pembaca sekalian...agaknya dah berapa lama jari Cikgu Adila tidak menari di atas papan kekunci ini..huhu bertapa dala gua ke????? nak kata sibuk x de la sibuk sangat...xpe..tapi azam cikgu adila kali ni adalah untuk sentiasa update blog yang tak seberapa ini sekadar untuk perkongsian dan tempat melepaskan lelah dan penat selepas seharian bersama kanak-kanak di sekolah...oh cikgu adila terlupa kena bagi susu 1 malaysia kt budak-budak la...logout dulu ye...

Wednesday, March 7, 2012

scene 5 - cikgu nabilawati @ cikgu adilawati

"ok semua murid beratur", cikgu adila memberi arahan kepada murid tahun 1 amanah untuk dibawa ke makmal komputer.

"kita nak ke makmal komputer ye cikgu?", tanya Adryana yang terus berlari dan terus memakai kasutnya..

"yey" murid tahun 1 menjerit kegembiraan..

"saya paling suka waktu sains sebab dapat masuk bilik komputer", Lukman berkata dari belakang. Cikgu Adila hanya tersenyum.

murid-murid terus beratur dan bergerak ke makmal komputer..murid-murid mula mengambil tempat di dalam makmal..

mengajar murid tahun 1 teknologi maklumat dan komunikasi bagi darjah 1 begitu mencabar minda dan menuntut seribu kesabaran..cikgu adila terus berusaha melayan anak murid ciliknya yang semastinya mempunyai seribu kerenah..

cikgu adila mengarahkan murid-murid untuk menekan butang on untuk mengidupkan komputer mereka..tiba-tiba satu suara dari belakang kedengaran..

"cikgu nabilawati",dengar satu suara dari belakang..
cikgu adila kehairanan namun cikgu adila tetap berpusing..

"bukan cikgu nabilawati la cikgu adilawati", tegur Ariff kepada Siti..
"cikgu nabila", siti tetap dengan pendiriannya
"cikgu adilawati la", satu kelas terus cuba membetulkan pendirian siti itu..siti terkulat-kulat sendiri..

cikgu adila tersenyum dan hanya mampu menggelengkan kepala dengan kerenah anak muridnya..