Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Monday, March 1, 2010

laporan sambutan maulidur rasul skks






tempat : masjid kampung kebun sireh 14000 bukit mertajam
masa : 7.45 pg hingga 12 tengah hari
tarikh 28 februari 2010

pada 28 Feb yang lalu, sambutan maulidur rasul peringkat SK Kebun Sireh telah diadakan di Masjid Kampung Kebun Sireh.
sambutan bermula dari pukul 7.45 pagi. seawal pagi murid-murid berkumpul di dataran sekolah mengikut kelas dan berselawat.
setelah itu, murid-murid, guru-guru dan ibu bapa berarak ke masjid yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari sekolah dengan melalui jalan kampung. perarakan disertai dengan selawat dan puji-pujian bagi junjungan besar Nabi Muhammad. 3 helai kain rentang turut serta dalam perarakan. perarakan ini diketuai oleh ustaz hussain dan selawat telah diketuai oleh ustaz hazaini.
setelah itu, murid-murid diberikan ceramah atau motivasi penceramah jemputan pada pukul 9 pagi. pada pandangan saya, ceramah ini begitu mampu menarik minat pelajar dengan lagu, syair dan cerita-cerita yang menarik. ceramah ini juga mampu memberi penghayatan dan memupuk murid-murid untuk mengingati rasulullah.
ceramah selesai pada pukul 11.30 pagi dan diikuti oleh aktiviti kuiz. aktiviti kuiz dijalankan oleh ustaz hazaini. murid-murid yang berjaya menjawab soalan diberikan hadiah.
setelah itu, semua warga sekolah dijemput makan oleh pihak masjid. juadah merupakan nasi daging, air asam dan air sirap.
terima kasih kepada semua warga SK Kebun Sireh yang sanggup menghadirkan diri bagi majlis ini walaupun pada hujung minggu. tahniah dan syabas diucapkan

No comments:

Post a Comment