Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Saturday, February 27, 2010

pengisian maulidurasul

semalam bersamaan dengan 26 February merupakan cuti umum bagi sambutan hari maulidurasul atau hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad..
cuti...jadi apa pengisian kita atau cuti ini dihabiskan dengan begitu sahaja..shaya tidak menujukan soalan ini kepada orang lain tapi kepada diri shaya sendiri..sedar atau tidak hari itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang perubahan seperti hari-hari sebelumnya..
namun begitu, malam semalam sempat juga shaya dan beberapa orang rumah mengadakan sesi usrah mini @ lebih tepat sesi refleksi diri..
apa yang shaya dapati bahawa shaya masih bertuah kerana dipertemukan dengan orang2 rumah sekalian kerana bersama-sama dengan kalian shaya dapat mengenal diri, mengembangkan potensi dan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..terima kasih kerana menyediakan suasana yang begitu kondusif..
dalam sesi refleksi ini, seorang teman berkata
" untuk mendapatkan yang terbaik, kita seharusnya menjadi baik terlebih dahulu..bukan mengaggap orang lain baik tetapi cuba mencari yang terbaik..nescaya takdir kamu juga adalah yang baik-baik"

shaya berfikir hampir sepanjang malam (nasib baik xmasuk mimpi)..sehinggakan aku berasa sangat bertuah kerana tuhan masih menjaga hati dan fikiran shaya..InysaAllah shaya akan berusaha menjadi yang terbaik..selari dengan azam shaya bagi tahun 2010 iaitu : lebih banyak memberi dari menerima
pandang sesuatu dengan positif

seorang lagi teman pula bercerita tentang ujian-ujian yang ditimpanya sepanjang kesengsaraannya selama ini..bertapa besarnya nikmat tuhan sehingga kita tidak mampu untuk melihatnya..sesungguhnya tujuan kita dihantar kedunia ini bukan untuk bersenang lenang tetapi untuk diuji sejauh mani iman kita setelah kita mengucap kalimah "tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"...

pagi ini perasaan shaya diuji lagi..shaya kuatkan hati dan berkata "masa depan milik tuhan..berserahlah kepada takdir tuhan..tidak perlu berkeluh kesah"...wahai jiwa bangkitlah..ini bukan waktunya....

No comments:

Post a Comment