Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Wednesday, February 17, 2010

Jurnal Mingguan (1)

Jurnal Mingguan
Minggu 1 (1 Februari – 6 Februari 2010 )
SK Kebun Sireh, 14000 Bukit Mertajam

Sesi praktikum fasa 3 sudah mula terlaksana dari 1 Februari sehingga 30 April 2010. Pada minggu pertama ini, kami banyak didedahkan dengan pentadbiran sekolah, iklim sekolah serta aktiviti-aktiviti sekolah.
Pada hari pertama, kami telah diminta oleh pihak sekolah untuk memperkenalkan diri sewaktu perhimpunan bulanan. Ini tidak menjadi masalah kepada kami kerana cara ini dapat melatih keyakinan diri kami untuk berhadapan dengan murid-murid dan pihak sekolah.

Selain itu, perjumpaan dengan guru besar dan guru-guru penolong kanan juga telah banyak memberikan input berguna kepada kami bagi menyediakan diri kami untuk menjadi guju yang bervisi kelak. Tips-tips dan cadangan yang diberikan amat menarik dan dapat diparktikkan dalam bilik darjah.

Kami juga ditempatkan di bilik guru sekolah. Cara ini dapat menggalakkan kami untuk bergaul mesra dengan guru-guru di sekolah ini di samping dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pendekatan kami untuk digunakan dalam bilik darjah.

Tambahan pula, saya turut menghadiri perjumpaan pertama aktiviti ko-kurikulum sekolah. Saya telah berpeluang untuk menjadi guru penasihat bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan kelab bola baling perempuan. Pada hari tersebut saya berpeluang untuk mengendalikan sesi perlantikan ahli jawatankuasa bagi persatuan dan kelab. Ini dapat menjelaskan lagi gambaran awal saya tentang pengendalian persatuan dan kelab.
Setelah mendapat jadual pada hari Rabu iaitu bersamaan 3 Februari kami telah diberikan kebenaran untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari berikutnya.

Sepanjang minggu ini, saya dapati masalah P&P masih belum ketara. Ini kerana saya hanya membuat aktiviti yang ringan untuk membolehkan saya membuat penilain awal tentang tingkah laku, penerimaan dan pencapain murid-murid. Oleh itu saya masih belum mempunyai masalah yang sebenar dalam bilik darjah setakat ini.
Pada minggu hadapan saya akan memulakan sesi P&P saya secara keseluruhan dan berazam untuk melakukan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment