Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Friday, February 19, 2010

say gudbye to my hometown...


my family


my family jugk

pejam celik, pejam celik cuti raya cina dah nk habis..tomorrow i will off to penang bersama NAL 1998 kesayanganku @ nm mnjanya ABG NAL..
punya lah nikmat cuti xterasa smpai sume keje pun xbuat..RM entah kemana, ABM entah kemana, action reseasch lg xtau pala ekoq..xpe2 tuhan bg 24 jam..ad lg ms nk buat (ayat org pemals)..

bila lagi shaya nk blk kmpung erk..msti la cuti bulan 3..tgk belum blk penang lg dh p k nk blk ganu..ap cite??? cm la ad emas permata kt cni hehhe..

walaupun asl shaya cm tempt jin bertendang, tp shaya bangga menjadi warga tempat ni..udara nyaman, jauh dari pencemaran, pagi2 msih ditemani kicau burung...ala2 cite dulu2..dulu shaya pun xtahu tempat ni wujud walaupun shaya anak jati terengganu..tapi kini shaya xmalu untuk memperkenalkan asal shaya..buat apa nk malu..dari mana kita sekalipun asal kita tetap sama..dari tanah kita datang dan dari tanah juga akan kita dikembalikan..semoga pengakhiran yang baik milik kita..amin..

pernah jugak shaya terfikir, nsib baik ayah bawak kami ke sini 14 thun lalu..ms tu shaya darjah 4 a.k.a 10 tahun..ayah kena tukar tempat kerja..waktu mula2 smpai shaya nangis..ap tidaknye tempat ni jauh dari tempat org..mn ad jabatan veterinar tengah2 bandar kan?? hehhe

bandar terdekat adalah dungun yang memakan masa perjalanan 20 minit paling cepat..lebih kurang sebulan shaya meratapi pemindahan shaya kesini..xde kwn nk main cm wktu kt taman dulu (marang)..kt sini bukak tingkap padang ragut terbetang luas..bukak pindu je bau harum hasil pencernaan lembu2 dapat dinikmati..shaya hanya mampu menarik nafas panjang waktu 2..aktiviti permainan shaya sewaktu kecil lumpuh seketika sehingga lah kami dapat jiran baru...kt sini shaya kenal kak ngah shazeera, kak cik shahida,iwan, ain , era, abg long, hazwan, zaimah n mereka yg sama2 mendiami daerah asing ni...

hikmah tuhan tidak kita ketahui serta merta...tahun berganti tahun, shaya dan keluarga masih di sini dan shaya makin selesa dengan suasana di sini..alah bisa tegal biasa..pemandanagn cantik ala2 new zealand, udara bersih xtercemar, tiada suara sumbang lumba haram yg mengganggu..pendek kata kt cini amat menenangkan jiwa..

pagi tadi lepas solat n mengaji, shaya bukak pintu luas2..shaya masih dapat menghidu bau yang sama dan mata shaya masih tertancap akan pemandangan yang sama..sebatang pohon besar ditengah2 padang ragut..Alhamdulillah..shaya memanjat kesyukuran kerana masih menikmati ini semua..dan perkara yang paling shaya rindukan smpai saat ini adalah mengail di kolam..sabarlah..saat itu akan tiba..

sesungguhnya tempat ini menemaniku hingga dewasa..tempat ini telah menjadi saksi jatuh bangun seorang anak kecil sehingga menjadi dewasa..tempat ini mengajar aku erti cita-cita dan cinta..aku matang selari dengan usia tempat..mungkin sekiranya shaya tidak berada di sini 14 tahun lalu, shaya bukan shaya yang anda kenal pada hari ini....

No comments:

Post a Comment