Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Saturday, March 6, 2010

kertas kerja guar perahu

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN
MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
BINA INSAN GURU

Tarikh : 16 APRIL 2008
Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU,
KUBANG SEMANG, 14400 BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG.
Anjuran : 3PPPR PET SNPJPI (1) & 3PPPR PET SNPJPI (2)
PENGESAHAN


KELULUSAN


TINDAKAN





PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU
3 PPPR PET SNPJPI (1) & 3 PPPR PET SNPJPI (2)
INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN


1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti khidmat masyarakat pada kali ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti khidmat masyarakat yang telah diadakan pada semester lepas oleh kelas 3 PPPR PET SNPJPI (1) dan 3 PPPR PET SNPJPI (2). Sehubungan itu, satu perancangan yang teliti telah dibuat untuk memastikan segala aktiviti akan berjaya dilaksanakan. Segala butiran tentang maklumat dan perancangan untuk program ini dicatatkan dalam kertas kerja ini.

Program Bina Insan Guru semester Tiga (3) mencakupi aktiviti seminar / bengkel / ceramah dan khidmat kemasyarakatan. Melalui program ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pengalaman dan kefahaman yang menyeluruh berkaiatan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru / sekolah dengan komuniti serta peranan dan akauntabiliti guru yang profesional selaras dengan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang seimbang. Program khidmat masyarakat ini juga akan dapat melatih guru pelatih agar lebih komited dalam melakukan sebarang tugas dan aktiviti yang diamanahkan.


2.0 RASIONAL

Program khidmat masyarakat ini merupakan satu program yang diwajibkan kepada guru pelatih PPR PET dan merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran Bina Insan Guru. Dalam program ini, guru-guru pelatih didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidamatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Di samping itu juga, program ini dapat melatih guru-guru pelatih untuk menganjurkan lawatan sambil belajar semasa di sekolah kelak.











3.0 MATLAMAT

Aktiviti kemasyarakatan dalam program Bina Insan Guru adalah bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih kepada pelbagai persekitaran komuniti dan melatih mereka menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran budaya, taraf hidup serta keperluan komuniti. Penglibatan guru pelatih dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan ini juga dapat meningkatkan kesedaran sosial dan kepentingan perkhidmatan komuniti serta melatih mereka dalam menguruskan hubungan dengan komuniti pendidikan terutamanya keluarga dan masyarakat setempat ke arah perkembangan pendidikan murid-murid yang lebih seimbang pada masa hadapan.


4.0 OBJEKTIF

• Membina kemahiran merancang, melaksana dan menguruskan program atau aktiviti.
• Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti.
• Menunjukkan kepekaan kepada realiti persekitaran.
• Menghayati nilai etika dan akhlak keguruan.
• Mempamerkan rasa empati dan kesediaan berbakti kepada masyarakat.


5.0 ANJURAN

Program khidmat masyarakat kali ini adalah salah satu aktiviti dalam program Bina Insan Guru yang dianjurkan secara bersama oleh kelas PPPR PET SNPJPI (1) dan PPPR PET SNPJPI (2) semester 3, Institut Perguruan Tuanku Bainun.


6.0 TARIKH

a. Pra lawatan : 11 April 2008.

b. Program khidmat masyarakat: 16 April 2008.


7.0 TEMPAT

a. Pra lawatan:
- Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Pulau
Pinang.

b. Aktiviti khidmat masyarakat:
- Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Pulau
Pinang.
8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


a. Jawatankuasa Pra Lawatan


Pengerusi : Nur Farrah bt Mohd Yaacob

Naib Pengerusi : Mohammad Zaidi bin Hassan

AJK Peralatan : Mohd Zarif bin Mohd Ridhwan

AJK Aktiviti : Siti Nurfarahiyah bt Ramli

AJK Makanan : Nurul Izzati bt Zaidi Mansor

AJK Perhubungan : Ahmad Syafiq bin Abu Bakar





























b. Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat

Pengerusi : Nur Farrah bt Mohd Yaacob

Naib Pengerusi : Mohammad Zaidi bin Hassan

Setiausaha : Wan Mohd Huzaini bin Wan Ismail

Naib Setiausaha : Natiqah Masyhurah bt Alias

Bendahari : Ahmad Izzuddin bin Abdul Rahman

AJK Aktiviti : Mohd Hanif bin Che Jusoh (K)
: Mohd Shah bin Abdul Aziz
: Mohd Noor Affendi bin Kamaruzzaman
: Siti Nurfarahiyah bt Ramli

AJK Peralatan : Mohd Zarif bin Mohd Ridhwan (K)
: Hisyamuddin bin Abdul Razab
: Nor Jauriah bt Othman
: Adilawati bt Abdullah

AJK Makanan : Ramizi bin Marzuki (K)
: Nurul Izzati bt Zaidi Mansor

AJK Cenderamata : Mohd Fareez bin Abu Hassan (K)
: Hamizah bt Shamsul

AJK Pengangkutan/ : Syarifuddin bin Abdul Halim (K)
Pengerusi Majlis : Nurul Salfarina bt Khairul Anuar

AJK Keselamatan/Kebajikan : Muhammad Hairul Izad bin Adnan (K)
: Fairuz Nadia bt Salim

AJK Dokumentasi : Zul Fahmie bin Mohd (K)
: Muizzuddin bin Alawi
: Abdul Azim bin Ramlon
: Nurul Ashikin bt Mohamad Rashdi
: Latifah Hanum bt Ahmad
: Qurratu Aini bt Yusof

AJK Perhubungan : Ahmad Syafiq bin Abu Bakar




9.0 PESERTA

a. Pra lawatan:

AJK pra lawatan = 6 orang
Pensyarah pembimbing = 2 orang
Jumlah = 8 orang

b. Program khidmat masyarakat dan lawatan:

Semua pelatih 3 PPPR PET SNPJPI (1) = 15 orang
Semua pelatih 3 PPPR PET SNPJPI (2) = 13 orang
Pensyarah pembimbing (Tutor) = 2 orang
Jumlah = 30 orang


10.0 PENSYARAH PEMBIMBING

1. Cik Rohana bt Mahadzir
2. Puan Zairihan bt Che Haron


11.0 ANGGARAN KOS

Tajuk Tuntutan perseorangan Jumlah
Makanan 28 orang x RM 10.00 x 1 RM 280.00
Pengangkutan (bas) Bas institut
Banner Dipohon dari stor
Cenderamata Dipohon dari stor
JUMLAH KESELURUHAN RM 280.00


12.0 PENGANGKUTAN

Urusan pengangkutan ke tempat program adalah seperti berikut:

a. Dari IPTB ke SK Guar Perahu ke IPTB:
- menggunakan bas IPTB.








13.0 ATURCARA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU


16 April 2008(Rabu)

08.00 pagi : Bertolak dari IPTB
08.30 pagi : Sampai di SK Guar Perahu
09.00 pagi – 04.30 petang : Mulakan aktiviti dan ikut jadual program
05.00 petang : Bertolak pulang ke IPTB


15.0 PENUTUP

Semoga program khidmat masyarakat ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Pendedahan aktiviti seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi pengalaman kepada para guru pelatih untuk mendekatkan diri dengan komuniti. Ini sangat berguna apabila kami menjawat jawatan sebagai seorang pendidik dan terlibat secara langsung dalam profesion keguruan setelah selesai menjalani latihan di institut perguruan.

No comments:

Post a Comment