Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Saturday, March 13, 2010

6 weeks to go


assalamualaikum, selamat pagi, selamat petang, selamat malam dan salam satu Malaysia..
masa yang berlalu ibarat pedang yang menghunus..begitulah gambaran waktu yang berlalu.. sedar atau tidak sesi praktikum cuma tiggal 6 minggu lg.. ini bermakna shaya dan rakan-rakan telah mengharungi separuh dari cabaran dan tugasan..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan sedikit masalah yang dapat diselesaikan dengan izinNya..

begitu banyak pengalaman dan iktibar yang dapat dikutip sepajng proses pembelajran ini..dengan sedikit ilmu yag disebarkan, tanpa sedar shaya mendapat lebih dari itu..sesungguhnya mereka telah menyentuh naluri shaya dan membahagiakan shaya..

hikmah tuhan itu subjektif..kita tidak akan mengetahuinya sehingga tiba masanya..itulah yang dirasakan sekarang..rasa syukr yang teramat sgt kerana shaya tercampk menjadi seorang pendidik..sekarang shaya sedar, shaya bukan sekadar mendidik tapi shaya turut di didik sehingga menjadi insan yang terdidik..shaya amat gembira dan tenang melalui hidup sebegini...

setiap kali melihat muka murid-murid terutamanya dari kelas belakang, hati shaya terpanggil utk membuat yg terbaik..bukan anugerah yg shaya idamkan..shaya cuma mahu murid-murid mendapat sesuatu dari shaya..kalau tidak ilmu sains atau english cukuplah sekadar ilmu kemanusiaan, rohani dan nilai-nilai murni kerana generasi sekarang jiwanya beguitu tandus...

terlalu banyak babak-babak yang membuatkan shaya berfikir dan terus berfikir..sehingga perakam di benak shaya ini tidak mampu menyimpan semua memori itu..namun apa yang shaya tahu, segala yang berlaku membuatkan shaya lebih matang dan bijak dalam kehidupan...betullah kata seorang teman "biarkan bunga itu mekar dahulu barulah kamu dapat mencium wanginya..biarkan buah itu ranum dahulu barulah kamu dapat menikmatinya manisnya"

shaya berharap apa yang terjadi tidak berhenti disini kerana shaya masih mahu mendidik, di didik dan terus menjadi insan terdidik...

No comments:

Post a Comment