Jangan kau cari terlalu sempurna buat meneruskan hidup ini
Jika kau memancing ikan
Setelah ikan terlekat dimata kailmu, hendaklah kau ambil ikan itu
Jangan sesekali kau lepaskan ia kerana kekecilan dirinya
Kerana sakit ikan oleh bisa mata kailmu akan menderitakan sepanjang hidupnya.
Jangan kau cari terlalu sempurna buat meneruskan hidup ini
Jika kau menadah air biarlah berpada
Janganlah harap penuh takungannya
Cukup sekadar keperluanmu
Kerana takungan yang penuh akan meretakkan dinding takung
Rosak akhirnya dibuang saja
Sedang air daripada takungan itu mampu kau minum
Seribu tahun lagi hidupmu
Jangan kau cari terlalu sempurna buat meneruskan hidup ini
Jika kau memiliki sepingan nasi yang baik untuk kesihatanmu
Mengenyangkan dan berkhasiat
Mengapa kau cari lagi nasi yang belum pasti gizinya
Hingga nasi kau miliki terbiar basi
Kebulur kau pulang kelaparan
Hati menderita hingga kerjamu berkerat jalan
Jangan kau cari terlalu semurna buat meneruskan hidup ni
Kiranya kesempurnaan kau cari itu adalah petaka kepada dirimu
No comments:
Post a Comment