Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Sunday, March 27, 2011

Scene 2

Nama : Mohd Zikril Haqim
Ujian Matematik : 13%

cikgu Adila merenung kertas ujian itu dengan pandangan yang kecewa. nafas ditarik dalam-dalam dan minda ligat memikirkan sesuatu.

Zikril Haqim atau lebih dikenali dengan Haqim sememangnya memiliki rekod markah yang tidak membanggakan sejak dari darjah 1 lagi dan salah seorang daripada murid pendidikan khas adalah abangnya.

cikgu Adila meraup kedua tangannya ke muka dan memohon segumpal kekuatan dari yang Maha Esa.

Memasuki kelas itu sekali lagi untuk mengajar topik darab seperti biasa dengan membawa bahan bantu mengajar telah menjadi rutin. namun mood cikgu adila sedikit kurang baik pada hari ini.

latihan yang diberikan untuk disiapkan pada cuti sekolah hanya sia-sia, pesanan untuk menghafal sifir ibarat angin lalu yang singgah di telinga murid-murid 3 Amanah. Amukan cikgu adila memuncak apabila ada yang bermain pemadam ketika cikgu adila memerah keringat dihadapan.

suara cikgu adila sudah melengking. warga sekolah yang lalu lalang di tepi kelas sudah tidak dihiraukan. cikgu suzila yang berada di blok sebelah yang memandang cikgu adila dengan hairan juga tidak diendahkan. cikgu adila sudah bertukar menjadi singa.

perasaan marah sudah tidak tertahan... nafas ditarik dalam-dalam dan mata dipejam rapat-rapat... cikgu adila kembali semula kedunia yang nyata. mujurlah tiada sebarang objek yang terbang pada saat itu..cikgu adila kembali kedunia nyata bahawa murid-murid banyak kerenahnya atau mungkin mereka ada masalag peribadi atau mungkin mereka tidak memahami isi pembelajaran.

sewaktu mengarahkan murid-murid untuk meyelesaikan masalah di dalam buku aktiviti, tiba-tiba haqim menggangkat tangan dan bertanya "cikgu saya nak kena buat jugak ke soalan ni".

cikgu adila mengeluh sendiri. hari ini cikgu adila terlupa untuk menyediakab soalan aras yang lebih rendah kepada haqim.. dia betul-betul terlupa. memmandang wajah haqim cikgu adila diserbu rasa bersalah.

cikgu adila menghampiru haqim dan membelekkan buku aktiviti untuk haqim dan mujurlah masih ada soalan aras rendah untuk diselesaikan oleh haqim.

usai kelas, cikgu adila duduk berteleku didalam bilik guru. kepalanya ligat memikirkan masalah kelas matematiknya dan tiba-tiba cikgu suzila bersuara dari belakang. "adila kenapa tadi, sampai ke kelas akak dengar suara. terkejut akak",

"budak tu akak. mahu tak saya jadi singa hari ni, kerja tak siap, sifir tak ingat lepas tu main-main. orang nak tolong dia pandai dia pulak yang main-main", adu cikgu adila.

"biasa la tu adila nama lagi budak-budak. tapi budak kelas tu memang nakal sikit. kena banyak sabar la", tambah cikgu suzila lagi.

cikgu adila kembali teringatkan haqim. murid yang paling lemah. cikgu adila tidak boleh untuk tidak memikirkan murid ini kerana cikgu adila takut akan hukum dunia dan balasan Allah.

mungkin balasan dunia tidak akan menimpa dirinya namun bagaimana dengan adik beradik dan anak-anaknya nanti. bagaimana sekiranya mereka mempunyai masalah yang sama dan guru tidak menghiraukan mereka dan membiarkan mereka terus tercicir. perkara ini sering terlintas dibenak cikgu adila. dan bagaimana pula dengan hukum Allah. halalkah gajinya sekiranya dia tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk murid-muridnya dan terlalu cepat berputus asa tanpa terlebih dahulu mencuba??..

cikgu adila kembali berfikir..
bagi masalah tidak ingat sifir cikgu adila sudah mengambil keputusan untuk membuat carta sifir. bagi mereka yang membaca sifir paling banyak pada minggu tersebut akan diberikan hadiah..

bagi masalah tidak dapat menyelesaikan masalah cikgu adila mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah soalan dari 20 soalan setiap hari kepada 10 soalan. mungkin murid sudah banyak terbeban dengan tugasan yang lain.

bagi masalah haqim cikgu adila mengambil keputusan untuk perbanyakkan soalan aras rendah dan menyediakan rakan mentor untuknya dan murid yang dirasakan palingb sesuai adalah Amira Farisya. amira murid yang cerdas dan mendengar kata.

memasuki kelas pada minggu berikutnya setelah 3 pendekatan ini digunakan membuatkan hati cikgu adila kembali lega.. murid-murid sudah menunjukkan minat untuk menghafal sifir dan jumlah murid yang berjaya menyiapkan tugasan sudah meningkat dan yang paling penting pembelajaran Haqim sudah menunjukkan peningkatan.

dalam satu kelas ketika mendekati amira farisya dan haqim dan tiba-tiba amira bersuara "cikgu, haqim dah mula faham. dah pandai dah sikit dia sekarang", dan amira tersenyum. cikgu adila membalas semyuman amira dengan perasaan yang lega..

cikgu adila menggosok kepala amira dan didalam hatinya berkata "terima kasih amira". dan bahu haqim pula ditepuknya sambil berkata "pandai pun Haqim". haqim mendongak dan memandang tepat kearah cikgu adila sambil tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.. cikgu adila tersenyum puas..

1 comment: