Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Sunday, March 20, 2011

Scene 1

"cikgu tengok Ain Nisha ni kacau saya", Amirul memanggil Cikgu Adila persis meminta perhatian. Amirul sudah dilabel murid nakal di SKFBS. Cikgu Adila menjeling dan tidak menghiraukan mereka. Ain Nisha tersengih.

"Cikgu, Ain Nisha ambil pemadam saya", adu Amirul lagi.
"Amirul Ridhwan, balik ke tempat kamu. Ain Nisha cepat siapkan kerja", suara Cikgu Adila sudah meninggi. Cikgu Adila sedikit kepenantan melayan kerenah mereka ekoran beban kerja yang bertambah dan cuaca yang sedikit panas.

"Cikgu, Amirul kacau saya", jerit Haqim pula.
Cikgu Adila sudah tidak tahan dengan tindak tanduk Amirul. langkah diatur laju untuk mendapatkan Amirul. tangan Amirul diraih dan ditariknya. di tariknya Amirul ke meja guru di sudut kelas.

"awak duduk kat meja ni. kalau awak bergerak siap awak", marah Cikgu Adila. Amirul tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

balik ke bilik guru, Cikgu Adila ligat memikirkan apakah pendekatan yang paling tepat dapat digunakan untuk mengawal bilik darjah atau secara spesifiknya Amirul. segala buka telah dibuka dan pendapat guru-guru lama telah diambil kira.

tiba-tiba Cikgu Adila teringat akan kertas-kertas yang diedarkannya semasa pertama kali menjejak kaki ke kelas tahun 3 iaitu borang suai kenal.

ditelitinya latar belakang Amirul.

nama : Amirul Ridhwan
pekerjaan ibu : sapu sampah kat sekolah
pekerjaan bapa : sudah meninggal

cikgu Adila berfikir sejenak. fikirannya kembali rasional dan kini dia sudah pasti pendekatan apa yang perlu digunakan.

memasuki kelas tahun 3 pada hari seterusnya dan mengajar subjek matematik seperti biasa dan memberikan latihan sebagai pengukuhan.

"Cikgu, Amirul pukul saya", jerit Hafiza dari belakang. Cikgu Adila terus mendapatkan Amirul. bahu Amirul dipegang lembut.

"Amirul kenapa ni?", tanya cikgu Adila lembut penuh hikmah. Amirul terkejut dan memandang tepat ke wajah Cikgu Adila.

"Amirul tak ada pensil ke? atau tak ada pemadam", tanya Cikgu Adila lagi. Amirul sekadar menggeleng.

"Kalau Amirul ada masalah datang jumpa cikgu. kalau tak tahu nak buat soalan angkat tangan nanti cikgu datang", Amirul menggangguk lagi.

"Amirul budak baik kan", tambah Cikgu Adila lagi dan berlalu meninggalkan Amirul dan didalam hatinya berharap pendekatan yang digunakan berjaya.

seminggu berlalu dan perangai Amirul beransur baik. kerja sudah siap, sifir sudah mahu dihafalnya, namun nakal kanak-kanak tu masih ada. adatlah perangai budak-budak.

sebelum meninggal kelas sebelum cuti penggal Amirul menanyakan satu soalan, "Cikgu lepas cuti cikgu nak suruh hafal sampai sifir berapa?",

"Sifir 1 sampai 9", dan cikgu Adila berlalu dari kelas itu. di dalam hati kecil cikgu Adila berdoa agar Amirul akan terus berubah bukan untuk cikgu Adila tapi untuk dirinya sendiri. Cikgu Adila tersenyum sendiri..

No comments:

Post a Comment