Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Friday, May 7, 2010

jalan-jalan cari taman rama-rama






pada suatu hari shaya dan ahli rumah begitu bosan berada dirumah..lalu kami mencetuskan idea msing-masing utk bersiar-siar...tapi dimanakah?? lalu kami memilih tempat ini sebagai destinsi...butterfly farm penang..

perjalanan dari guar perahu mengambil masa lebih kurang satu jam l kerana tempat itu berada di 'ireland'..

laluan yang kami lalui adalah BKE yang mengenakan jumlah tol rm 1.60 di tol kubang semang dan rm 0.50 di tol dagan.. sesampai disana kami menaiki feri yang mengenakan bayaran sebanyak rm 7.90 untuk melalui selat melaka yang indah ini...setelah mengambil udara selama lebih kurang 20 minit, kami sampai didaratan.. dengan bantuan google maps kami mengambil jalan Batu Feringgi..jalan yang sedikit mencabar tetapi pemandangan pantai yang cantik..

tempat ini terletak di kawasan teluk bahang yang terkenal dengan jagung bakar..

tiket masuk adalah Rm 10 bagi dewasa..

tempat ini bagi shaya menjanjikan seribu ketenangan dan keindahan ciptaan tuhan..mata shaya tidak lekang melihat bunga-bunga yang mekar dan rama-rama yang berterbangan..

nk dijadikan cerita dek begitu ralit menangkap gambar rama-rama, shaya hampir-hampir terkunci oleh pengawal keselamatan...

"sesungguhnya keindahan itu amat menenangkan..tapi tidak semua yang menenangkan itu indah"






No comments:

Post a Comment