Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Friday, July 8, 2011

Temu Duga SPP

cikgu adila terjaga tatkala jam berbunyi pada pukul 5.30 pagi..mata sudah tidak mampu untuk dilelapkan dan cikgu adila terus bangun untuk kebersihan diri dan solat subuh..seusainya cikgu adila bermunajat dengan membaca Al-Quran bagi ketenangan hati..

hati cikgu adila yang keresahan untuk menghadapi temu duga kembali tenang. selesai mengenakan pakaian cikgu adila terus menghidupkan keretanya.. dengan lafaz memuji nama Allah cikgu adila terus memandu ke Menara Persekutuan Melaka, tempat untuk di temu duga.

sampai disana cikgu adila terus memarkirkan keretanya di tempat yang disedaikan dan mendaftarkan diri dan Alhamdulillah cikgu adila merupakan orang ketiga yang sampai.

jam menunjukkan pukul 8 pagi dan mereka yang bakal ditemu duga sudah mula memenuhi bilik yang disediakan. kami diarahkan untuk menyemak semula fail-fail yang dibawa dan bersedia kerana sesi temu duga akan di jalankan..

sesi pertama sudah bermula dan cikgu adila menunggu dengan penuh resah... rakan-rakan yang lain ada yang sibuk berbincang tentang perkara yang berkisar pendidikan dan ada yang hanya memeluk tubuh sahaja..

cikgu adila sudah tidak mahu membelek nota-nota, bukan sudah pandai atau faham tapi tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. cikgu adila hanya memandang TV yang membisu didepannya walaupun gambarnya bergerak-gerak..

tiba sesi kedua..kerani yang bertugas sudah memanggil beberapa baris nama dan disitu juga terselit nama cikgu adila..

cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan melangkah kehadapan..cikgu adila sudah berpeluh-peluh dan redha dengan apa jua soalan yang bakal ditanya..

berjalan berlima-lima memasuki bilik temuduga...cikgu adila mengambil tempat yang pling tengah. bukan orang petama yang menjawab soalan dan bukan orang yang terakhir untuk menjawab..

"cikgu adila releks ye...jangan cemas", tegur penemuduga yang dipertanggungjawabkan..
cikgu adila sedikit kaget kerana belum lagi sesi temuduga dijalankan dia sudah disapa oleh penemuduga... cikgu adila menarik nafas dalam-dalam..

soalan individu mula ditanyakan seorang demi seorang..sampai ke giliran cikgu adila..
sila perkenalkan diri anda..

CA :nama saya adilawati binti abdullah, berumur 24 thun dan kini berkhidmat di SK felda bukit sengeh
P :owh mengajar di felda.. apa maksud felda ?
CA : lembaga kemajuaan tanah persekutuan
P : dalam bahasa inggeris?
CA :Federal land development agency
P : agency??
CA : maaf, association...peluh sudah memercik...cikgu adila sudah sedikit panik..soalan yang tidak dijangka sudah keluar...nafas ditarik lagi..maka penemuduga memulakan sesi ceramahnya..

P : sebagai seorang pendidik cikgu mesti menguasai segala ilmu..sebagai cikgu di felda cikgu mesti tahu ilmu tentang felda agar dapat memberikan penejelasan kepada masyarakat dan bla2x...

cikgu adila dan guru-guru muda lain hanya menadahkan telinga...

P :ok apa subjek yang cikgu adila ajarkan di sekolah ?
CA :sains, matemati dan pendidikan seni
P: berapakah bidang dalam mata pelajaran pendidikan seni?
CA : 4
P : nyatakan
CA: pertama menggambar, kedua kraf tradisional, ketiga.. belum sempat cikgu adila menyambung isi seterusnya penemuduga itu telah menyapa
P : cukuplah sekadar dua saya tak minta semua..

cikgu adila menarik nafas sekali lagi. terkejut dengan sapaan secara tiba-tiba itu..

soalan individu sudah beralih kepada calon seterusnya.. cikgu adila sudah mampu tersenyum..

setelah sesi soalan induvidu bagi kelima-lima calon sudah habis, kini beralih pula kepada sesi berkumpulan...

P: saya tidak akan menanyakan soalan-soalan fakta tentang KSSR, NKRA, FPK dan apa sahaja kerana saya pasti anda semua begitu cekap dalam hafalan. saya akan menanyakan soalan kefahaman bagi melihat sejauh mana anda semua faham tentang dasar-dasar yang telah dijalankan...

penemuduga membuka bicara sambil melihat kewajah kami seorang demi seorang.cikgu adila hanya mampu tersenyum bagi menghilangkan segala kegusaran.

P : baiklah apah hasrat utama FPK
maka dengan yakin dan bertenaga kami semua secara bergilir-gilir menjawab
"falsafah pendidikan kebanhsaan adalah satu usaha berterusan bagi melahirkan modal insan yang yang seimbang dan menyeluruh dan bla bla bla... entah apa yang kami semua merepek pun tak tahu..dan akhirnya penemuduga itu tersenyum dan menanyakan lagi soalan.

P : baiklah tadi awak nyatakan dua perkara, berketrampilan dan berakhlak mulia..sila nyatakan perbezaan bagi kedua-dua perkara ini.

maka kami pun menyatakan pendapat masing-masing dan pada pendapat cikgu adila
CA : pada pendapat saya. kedua-dua ini adalah berbeza kerana penampilan adalah apa yang dapat dilihat pada zahirnya sebagai contoh cara memakaian, senyum dan kemas. manakala bagi berakhlak mulia pula merupakan sikap yang ditunjukkan sebagai contoh baik hati dan tolong menolong.

setelah semua orang menyatakan buah pendapat masing-masing dan penemuduga juga seolah-olah berpuas hati maka sesi temuduga kini terbuka kepada sesi soalan kepada penemuduga pula dan seorang rakan cikgu adila yang begitu berani telah tampil dengan satu soalan yang cukup baik..

CS: tuan haji, adakah kami semua akan lulus

penemuduga yang ditugaskan hanya tersenyum dan menjawab
P : jika saya bagi awak semua lulus diakhirat nanti saya akan jawab, kalau saya tak bagi awak semua lulus pun saya akan jawab..keputusan memang amat sukar untuk dilakukan dan keputusan ini kami akan bincang dan teliti..awak semua jangan bimbang, setiap keputusan yang diadili akan mengambil kira semua aspek..

jawab penemuduga dengan penuh hikmah dan menyambung percakapannya..
P : kalau saya bagi skala satu hingga 10. berapakah skala yang awak semua akan letakkan pada diri anda sendiri. jawab dengan jujur dan skala ini tidak akan menjejaskan keputusan temuduga awak semua.

4 orang dari lima orang menjawab 5 dan cikgu adila dengan yakinnya meletakkan dirinya pada skala 6. bukan yakin kepada diri atau 'over confident' namun hanya angaka ini yang terlintas dikepala cikgu adila...

maka sesi temuduga pun tamat maka kelima-lima cikgu muda itu melangkah keluar dari bilik penemuduga dengan hati yang senang dan didalam hati-hati mereka, mereka berdoa agar lulus temuduga ini bagi memastikan taraf guru sandaran siswazah terlatih dapat ditukarkan kepada guru siswazah terlatih.. cikgu adila turut berdoa...

* cerita ini telah diolah bagi menjaga sensitiviti

2 comments:

  1. Menarik. pertama kali baca, dan dapat tahu begini rupanya temuduga tersebut. Saya bakal posting tahun depan. Harap dapat tips, tunjuk ajar... :)

    ReplyDelete
  2. tiada masalah...yang penting yakin =)

    ReplyDelete