Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Tuesday, July 26, 2011

panggilan RAMADHAN



kehangatan ramadhan setahun yang lepas masih dirasai dan seolah-olah masih terlalu awal untuk menyambut ramadhan lagi..
masih terbayang dibenak cikgu adila berjalan kaki ke masjid taman guar perahu untuk solat tarawikh bersama-sama rakan-rakan, jauriah, latifah dan nadia..

ramadhan datang lagi.. bulan melibat gandakan amal ibadah, bulan untuk membaiki dan memperbaharui taubat..bulan yang penuh kebaikan dan nikmat..

tahun lepas, cikgu adila dan jauriah bergabung tenaga untuk mengkhtamkan 30 juz al-quran secara perkongsian tadarus.. tahun ini bagaimana???

cikgu adila meneliti beberapa perkara yang ingin diselesaikan sepanjang ramadhan ini..dan antaranya
1. baju raya untuk keluarga tersayang
2. kewangan untuk juadah berbuka dan sahur
3. persiapan untuk menanmbahkan amal ibadah-solat malam, tadarus dan bacaan ilmiah
4. kerja-kerja sekolah

puasa kali ini berbeza dengan puasa-puasa yang lepas. ini merupakan puasa pertama cikgu adila di melaka bertemakan rakan serumah dan bayi lelakinya..

puasa yang dinanti.. itu lah yang berlegar dikepala cikgu adila..
puasa kali ini dirasakan amaat bermakna kerana bakal mengajar diri cikgu adila untuk tabah dari segi mental, fizikal dan rohani sebagai seorang guru dan muslimah..

untuk melayan kerenah anak-anak murid pada bulan puasa memerlukan kekuatan hati yang tinggi, untuk menyelesaikan segala tugasan disekolah juga memerlukan ketahanan mentak yang cekal dan untuk menambahkan segala amal juga memerlukan rohani yang kental...

dan tahun penuh keberkatan ini, cikgu adila berharap dapat membuat sedikit perubahan pada diri, amal ibadah juga dipertingkatan dan menyucikan kembali hati yang sudah kembali berkarat..

ayuh semua, sambutlah kehadiran ramadahn seolah-olah menantikan kedatangan insan yang tersayang yang telag lama dirindui...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

No comments:

Post a Comment