setahun sudah pun berlalu dan guru novis masih lagi seorang guru novis..memulakan persekolahan pada awal tahun amat memenatkan dan mencelarukan minda apatah lagi dengan bebanan tugas yang dipertanggungjawabkan..inilah tujuan kita dibayar gaji sebenarnya untuk menjalankan tugas yang diberikan..
setahun berlalu dan banyak perkara yang dipelajari, sedang dipelajari dan akan dipelajari...semuanya perlu ditempuhi dengan hati yang tabah dan cekal. inilah yang dinamakan kehidupan yang akan mengajar kita lebih matang sebenarnya.
tanpa kita sedari, segala pancaroba yang kita alami ini adalah guru yang terbaik untuk kita..benarlah kata-kata bijak pandai "pengalaman adalah guru yang paling kejam kerana dia mengajar kita terlebih dahulu dan barulah kita akan mengetahui apa yang diajarkan'.
dan kini, walaupun masih lagi stress dan tertekan dengan tugasan yang diberikan, planner bulan satu juga sudah penuh diisi dengan segala tugasan, namun hati tetap tenang dan puas kerana telah berbuat sesuatu dalam kehidupan...azam pada tahun ini adalah untuk membuat segala tugasan dengan baik dan lebih banyak memberi dari menerima..
all da best
No comments:
Post a Comment