Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Saturday, April 30, 2011

My first pay...

cikgu adila memeliti dompetnya dan duit yang tinggal hanyalah rm 50..cikgu adila kembali mencongak-congak di dalam kepala.. mana duit makan, mana duit minyak, mana duit utiliti..cikgu adila mengeluh sejenak dan kembali menarik nafas.

cikgu adila melihat kalendar di dinding.. 2 hari lagi adalah tarikh yang dijanjikan iaitu 29 april. cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan berharap semuanya akan kembali dalam keadaan sedia kali dalam masa 2 hari lagi.. dan cikgu adila terus melelapkan mata..

29 April sudah menjengah dan cikgu adila tampak sedikit bertenaga.. datang kesekolah dengan penuh harapan bahawa gaji akan masuk..di bilik guru, cikgu adila hanya teringatkan bank CIMB sahaja.. gaji, gaji dan gaji...

usai kelas, 12 pm, cikgu adila terus memecut ke pekan terdekat iaitu Jasin dengan ditemani oleh cikgu suzi. perjalan 20 minit pada hari ini di rasakan terlalu lama... mungkin cikgu adila begitu tidak sabar untuk melihat peningkatan dalam akaunnya..

cikgu adila memakirkan keretanya di tempat letak kereta terdekat dan terus melangkah penuh harapan ke bank..
setelah no pin ditekan, tertera rm63.59...cikgu adila sangat kecewa dengan perkabaran itu.. dengan hati yang walang dan perasaan yang sedih, cikgu adila memandu pulang..

tiada kata yang dapat menggambarkan kata-kata cikgu adila pada ketika itu dan hanya air mata yang menemani cikgu adila tika ini...terbayang dimata barang-barang kelengkapan rumah yang sudah hampir habis dan terbayang minyak kereta yang sudah minta diisi...cikgu adila menangis lagi ..

malam yang suram menemani cikgu adila.. ditemani dengan kipas angin yang setia cikgu adila melihat perbelanjaan yang sudah diteliti..melihatkat perbelanjaan yang sudah dianggarkan, hati cikgu adila kembali terusik...

30 apr cikgu adila memandu kesekolah untuk menghadiri kursus LDP.. cikgu adila sudah melupakan masalah semalam dan bangkit dengan satu semangat yang baru.. duit boleh dicari..

memasuki bilik komputer cikgu adila terus membuka komputer dan icon internet terus ditekan...selepas ber'sarapan pagi' dengan facebook cikgu adila tergerak hati untuk melihat duit didalam akaun CIMBnye...

selepas memasukkan nm ID dan password, cikgu adila terus menekan butang teruskan dan tertera jumlah di dalam akaun cikgu adila ialah RM61++.++..
mata cikgu adila buntang dan merasa sungguh tidak percaya...

di dalam hati "gaji dah masuk!!!"..cikgu adila menjerik kegembiraan dan kegembiraan ini dikongsi dengan rakan guru yang lain...

alhamdulillah, satu lagi fasa kesusahan hidup sudah berakhir dan kini cikgu adila mampu tersenyum lebar... segala yang dirangkakan sejak mula masuk mebgajar dulu kembali dalam genggaman...

syukur Ya Allah...sesugguhnya selepas kesulitan pasti ada kejayaan...

Thursday, April 14, 2011

scene 3

"apa pengadil ni.. pandai tiup ke tak pandai tiup", satu baris itu singgah di telinga cikgu Adila. darah cikgu adila berdesir namun nafas ditarik dalam-dalam. cikgu adila tidak mampu mengucap sepatah kata.

seluruh mata guru-guru yang berbaju biru yang berasa dihujung padang memandang tajam kepada cikgu adila dan cikgu adila kini menjadi topik maki hamunnya.

wisel penamat sudah dibunyikan oleh pengadil pertama dan seraa itu jugalah air mata menitik kepipi cikgu adila tanpa sedar. tanpa berlengah lagi cikgu adila terus ke meja pencatat untuk menandatangani borang markah.

"sabarlah adila, adat lah tu orang baru. akak dulu pun macam tu jugak", sapa rakan pengadil.

"orang baru memang kena menangis dulu. takpe pelan-pelan belajar",tambah seorang rakan guru yang lain. air mata semakin laju menghujani pipi cikgu adila. sekumpulan murid memandang cikgu adila dengan penuh tanda tanya dan kelihatan sekumpulan guru berbaju biru itu masih tidak berpuas hati.

cikgu adila terus berlalu ke meja urusetia untuk mengadu nasib dengan cikgu siti sakimah yang kelihatan berada di khemah tersebut.

sampai disana, air mata mengalir semakin laju dan apa yang berada di dalam hati sudah dapat diluahkan.

bukan cikgu adila menyesal untuk menjadi pengadil baru tapi cuma ingin mengadu nasib. sememangnya cikgu adila ingin sekali menambahkan ilmu perguruan dari segala bidang baik kurikulum atau ko-kurikulum. namun pengalaman hari ini begitu memedihkan dan cikgu adila berasa seolah-olah ingin memijak saja wisel ditangannya. namun kewarasan masih berada pada tahap teratas.. alhamdulillah..

setelah meneguk air, cikgu adila terus menuju kebilik akses untu berehat. diharap pengalaman hari ini akan dapat dilupakan walaupun ia tidak mudah seperti yang disangka. harapan cikgu adila agar dia akan dapat memajukan diri sendiri dan akan kelak ampuh dan tegar bertahan untuk menjadi guru yang cekap..

dalam hati kecil cikgu adila berkata "beginilah kalau sudah cikgu permulaan"..

Sunday, March 27, 2011

Scene 2

Nama : Mohd Zikril Haqim
Ujian Matematik : 13%

cikgu Adila merenung kertas ujian itu dengan pandangan yang kecewa. nafas ditarik dalam-dalam dan minda ligat memikirkan sesuatu.

Zikril Haqim atau lebih dikenali dengan Haqim sememangnya memiliki rekod markah yang tidak membanggakan sejak dari darjah 1 lagi dan salah seorang daripada murid pendidikan khas adalah abangnya.

cikgu Adila meraup kedua tangannya ke muka dan memohon segumpal kekuatan dari yang Maha Esa.

Memasuki kelas itu sekali lagi untuk mengajar topik darab seperti biasa dengan membawa bahan bantu mengajar telah menjadi rutin. namun mood cikgu adila sedikit kurang baik pada hari ini.

latihan yang diberikan untuk disiapkan pada cuti sekolah hanya sia-sia, pesanan untuk menghafal sifir ibarat angin lalu yang singgah di telinga murid-murid 3 Amanah. Amukan cikgu adila memuncak apabila ada yang bermain pemadam ketika cikgu adila memerah keringat dihadapan.

suara cikgu adila sudah melengking. warga sekolah yang lalu lalang di tepi kelas sudah tidak dihiraukan. cikgu suzila yang berada di blok sebelah yang memandang cikgu adila dengan hairan juga tidak diendahkan. cikgu adila sudah bertukar menjadi singa.

perasaan marah sudah tidak tertahan... nafas ditarik dalam-dalam dan mata dipejam rapat-rapat... cikgu adila kembali semula kedunia yang nyata. mujurlah tiada sebarang objek yang terbang pada saat itu..cikgu adila kembali kedunia nyata bahawa murid-murid banyak kerenahnya atau mungkin mereka ada masalag peribadi atau mungkin mereka tidak memahami isi pembelajaran.

sewaktu mengarahkan murid-murid untuk meyelesaikan masalah di dalam buku aktiviti, tiba-tiba haqim menggangkat tangan dan bertanya "cikgu saya nak kena buat jugak ke soalan ni".

cikgu adila mengeluh sendiri. hari ini cikgu adila terlupa untuk menyediakab soalan aras yang lebih rendah kepada haqim.. dia betul-betul terlupa. memmandang wajah haqim cikgu adila diserbu rasa bersalah.

cikgu adila menghampiru haqim dan membelekkan buku aktiviti untuk haqim dan mujurlah masih ada soalan aras rendah untuk diselesaikan oleh haqim.

usai kelas, cikgu adila duduk berteleku didalam bilik guru. kepalanya ligat memikirkan masalah kelas matematiknya dan tiba-tiba cikgu suzila bersuara dari belakang. "adila kenapa tadi, sampai ke kelas akak dengar suara. terkejut akak",

"budak tu akak. mahu tak saya jadi singa hari ni, kerja tak siap, sifir tak ingat lepas tu main-main. orang nak tolong dia pandai dia pulak yang main-main", adu cikgu adila.

"biasa la tu adila nama lagi budak-budak. tapi budak kelas tu memang nakal sikit. kena banyak sabar la", tambah cikgu suzila lagi.

cikgu adila kembali teringatkan haqim. murid yang paling lemah. cikgu adila tidak boleh untuk tidak memikirkan murid ini kerana cikgu adila takut akan hukum dunia dan balasan Allah.

mungkin balasan dunia tidak akan menimpa dirinya namun bagaimana dengan adik beradik dan anak-anaknya nanti. bagaimana sekiranya mereka mempunyai masalah yang sama dan guru tidak menghiraukan mereka dan membiarkan mereka terus tercicir. perkara ini sering terlintas dibenak cikgu adila. dan bagaimana pula dengan hukum Allah. halalkah gajinya sekiranya dia tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk murid-muridnya dan terlalu cepat berputus asa tanpa terlebih dahulu mencuba??..

cikgu adila kembali berfikir..
bagi masalah tidak ingat sifir cikgu adila sudah mengambil keputusan untuk membuat carta sifir. bagi mereka yang membaca sifir paling banyak pada minggu tersebut akan diberikan hadiah..

bagi masalah tidak dapat menyelesaikan masalah cikgu adila mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah soalan dari 20 soalan setiap hari kepada 10 soalan. mungkin murid sudah banyak terbeban dengan tugasan yang lain.

bagi masalah haqim cikgu adila mengambil keputusan untuk perbanyakkan soalan aras rendah dan menyediakan rakan mentor untuknya dan murid yang dirasakan palingb sesuai adalah Amira Farisya. amira murid yang cerdas dan mendengar kata.

memasuki kelas pada minggu berikutnya setelah 3 pendekatan ini digunakan membuatkan hati cikgu adila kembali lega.. murid-murid sudah menunjukkan minat untuk menghafal sifir dan jumlah murid yang berjaya menyiapkan tugasan sudah meningkat dan yang paling penting pembelajaran Haqim sudah menunjukkan peningkatan.

dalam satu kelas ketika mendekati amira farisya dan haqim dan tiba-tiba amira bersuara "cikgu, haqim dah mula faham. dah pandai dah sikit dia sekarang", dan amira tersenyum. cikgu adila membalas semyuman amira dengan perasaan yang lega..

cikgu adila menggosok kepala amira dan didalam hatinya berkata "terima kasih amira". dan bahu haqim pula ditepuknya sambil berkata "pandai pun Haqim". haqim mendongak dan memandang tepat kearah cikgu adila sambil tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.. cikgu adila tersenyum puas..

Sunday, March 20, 2011

Scene 1

"cikgu tengok Ain Nisha ni kacau saya", Amirul memanggil Cikgu Adila persis meminta perhatian. Amirul sudah dilabel murid nakal di SKFBS. Cikgu Adila menjeling dan tidak menghiraukan mereka. Ain Nisha tersengih.

"Cikgu, Ain Nisha ambil pemadam saya", adu Amirul lagi.
"Amirul Ridhwan, balik ke tempat kamu. Ain Nisha cepat siapkan kerja", suara Cikgu Adila sudah meninggi. Cikgu Adila sedikit kepenantan melayan kerenah mereka ekoran beban kerja yang bertambah dan cuaca yang sedikit panas.

"Cikgu, Amirul kacau saya", jerit Haqim pula.
Cikgu Adila sudah tidak tahan dengan tindak tanduk Amirul. langkah diatur laju untuk mendapatkan Amirul. tangan Amirul diraih dan ditariknya. di tariknya Amirul ke meja guru di sudut kelas.

"awak duduk kat meja ni. kalau awak bergerak siap awak", marah Cikgu Adila. Amirul tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

balik ke bilik guru, Cikgu Adila ligat memikirkan apakah pendekatan yang paling tepat dapat digunakan untuk mengawal bilik darjah atau secara spesifiknya Amirul. segala buka telah dibuka dan pendapat guru-guru lama telah diambil kira.

tiba-tiba Cikgu Adila teringat akan kertas-kertas yang diedarkannya semasa pertama kali menjejak kaki ke kelas tahun 3 iaitu borang suai kenal.

ditelitinya latar belakang Amirul.

nama : Amirul Ridhwan
pekerjaan ibu : sapu sampah kat sekolah
pekerjaan bapa : sudah meninggal

cikgu Adila berfikir sejenak. fikirannya kembali rasional dan kini dia sudah pasti pendekatan apa yang perlu digunakan.

memasuki kelas tahun 3 pada hari seterusnya dan mengajar subjek matematik seperti biasa dan memberikan latihan sebagai pengukuhan.

"Cikgu, Amirul pukul saya", jerit Hafiza dari belakang. Cikgu Adila terus mendapatkan Amirul. bahu Amirul dipegang lembut.

"Amirul kenapa ni?", tanya cikgu Adila lembut penuh hikmah. Amirul terkejut dan memandang tepat ke wajah Cikgu Adila.

"Amirul tak ada pensil ke? atau tak ada pemadam", tanya Cikgu Adila lagi. Amirul sekadar menggeleng.

"Kalau Amirul ada masalah datang jumpa cikgu. kalau tak tahu nak buat soalan angkat tangan nanti cikgu datang", Amirul menggangguk lagi.

"Amirul budak baik kan", tambah Cikgu Adila lagi dan berlalu meninggalkan Amirul dan didalam hatinya berharap pendekatan yang digunakan berjaya.

seminggu berlalu dan perangai Amirul beransur baik. kerja sudah siap, sifir sudah mahu dihafalnya, namun nakal kanak-kanak tu masih ada. adatlah perangai budak-budak.

sebelum meninggal kelas sebelum cuti penggal Amirul menanyakan satu soalan, "Cikgu lepas cuti cikgu nak suruh hafal sampai sifir berapa?",

"Sifir 1 sampai 9", dan cikgu Adila berlalu dari kelas itu. di dalam hati kecil cikgu Adila berdoa agar Amirul akan terus berubah bukan untuk cikgu Adila tapi untuk dirinya sendiri. Cikgu Adila tersenyum sendiri..

Saturday, March 19, 2011

17 mac 2010 - konvokesyen @ PICC




akhirnya konvokesyen datang jua setelah 5 tahun setengah bertungkus lumus di maktab...banyak perkara dan pahit maung telah dihadapai untuk mencapai ketahap ini...pelbagai perubahan juga telah di harungi dan Alhamdulillah berkat azam, usaha, ketabahan dan doa, segulung ijzah dapat digenggam kini...

berkumpul semula dengan rakan-rakan yang ditempatkan di segenap pelosok tempat di Malaysia membuatkan saya begitu teruja... ada yang sudah kurus dan ada yang makin mengembang dan ada juga yang sudah membuat transformsi dalam fasionnya.. apa pun yang telah berlaku hanya hati-hati kami sahaja yang mengetahuinya..

melihat mata-mata rakan-rakan semua membuatkan saya rindu akan zaman belajar..membuat tugasan bersama, bersukan bersama, BIG bersama, jaga anak orang asli bersama, kena maki bersama, menangis bersama...semuanya bersama..saya kuat kerana ada anda semua wahai teman-teman..

semalam kita berpisah lagi dan saya berharap ukhuwah kita tidak berakhir di sini..mungkin bentuk muka bumi memisahkan kita namun di hati tidak..pasti saya rindukan kenangan lalu yang sentiasa segar di kotak kenangan ini..hanya maut dapat merenngut semua ini..

untuk rakan-rakan semua yang telah banyak berkongsi suka duka, pahit maung, asam garam kehidupan remaja dalam mengenal erti hidup, jutaan terima kasih saya ucapkan dan kita memang di takdirkan untuk bertemu dan mencipta sejarah dalam hidup masing-masing...

seandainya kita semua ditakdirkan tidak berjumpa lagi, sepotong doa saya titipkan untuk kalian semua agar sentiasa di bawah lembayung rahmatNya..perjalanan hidup masih jauh.. teruskan dengan hati yang tabah.. sebarkan ilmu-ilmu yang terbaik untuk anak bangsa dan demi agama tercinta...

kejayaan masa depan menuntut seribu pengorbanan...ayuh guru-guru permulaan kita berjuang.. =) love u all


Saturday, March 12, 2011

Terima Kasih Ya Allah

erima kasih ya Allah kerana membenarkan aku merasainya sekali lagi indahnya perasaan ini ya Allah...sekian lama aku berdoa dengan penuh kusyuk dan kesabaran sementara yakin Kau akan mendengarnya dan akhirnya Kau menjawab segala persoalaan dan memberikan segala pemintaanku...sungguh aku amat berterima kasih dan setinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Allah..

ya Allah, terkadang aku malu untuk meminta lagi kepadaMu kerana aku ini insan yang penuh kekhilafan namun jika bukan kepadaMu kepada siapa lagi untuk aku mengadu..

ya Allah..
jangan Kau renggut lagi rasa ini..
ya Allah..
jagalah hati kami untuk sentiasa berpegang pada taliMu..
ya Allah..
lindungilah aku agar aku tidak leka dengan rasa ini wahai tuhanku..
ya Allah..
jika semua ini terbaik untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka permudahkanlah perjalanan ini ya Allah..

ya Allah tuhan yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, segala yang nyata dan tersembunyi...hanya pada Kau aku memohon pertolongan dan hanya padaMu sebaik-baik tempat kembali...

Saturday, February 12, 2011

all about school

7 februari 2011 merupakan hari keramat dalam hidup shaya kerana saya telah dilantik sebagai guru sandaran siswazan terlatih DC 41.. maka shaya telah melaporkan diri di JPN Melaka dan di SK (F) Bukit Senggeh, Asahan, Melaka..

SKFBS... satu daerah dan tempat yang asing bagi saya. sebagai anak jati Terengganu dan walaupun banyak berdagang di negeri orang, perasaan risau sedikit menerjah..kerisauan yang biasa dialami oleh semua guru-guru permulaan :
1. macam mana keadaan sekolah?
2. mesra tak warga sekolah?
3. GB garang ke x?
4. nak kena ajar apa?
5. cam mana nak idup sementara xdapat gaji?
6. nak kawan ngan sapa nanti?

namun apabila menjejak kaki ke SKFBS, segalanya hilang dan yang tinggal hanyalah kenyataan..hidup perlu diteruskan dan kenyataan perlu dihadapi dengan tabah..

SKFBS..60 minit dari bandar Melaka, dan 20 minit dari pekan terdekat iaitu Jasin..satu daerah yang nyaman dikelilingi deretan kelapa sawit dan pepehon getah dan jalan utama yang begitu mencabar pemandu2..

latar belakang murid di sekolah ini kebanyakannnya berasal dari keluarga peneroka dan pekerja kampung..tiada lagi mengikuti tuisyen diluar..ini bermakna kejayaan mereka bergantung sepenuhnya kepada guru di sekolah termasuklah diri saya ini..

pertama kali menjejak kaki ke kelas darjah 3 untuk mengajar matematik..saya difahamkan bahawa mereka tidak mempunyai guru matematik sejak dari awal tahun ekoran guru yang sudah pencen... oleh itu melihatkan wajah-wajah mulus mereka ati saya terasa tersentuh dan berkobar-kobar untuk mengajar mereka..namun sehingga ke hari ini saya masih tercari-cari rentak dan ramuan yang terbaik bagi membantu mereka..
semoga saya istiqomah...

selain itu, saya juga ditugaskan untuk mengajar p.jasamani dan kesihatan dan pendidikan sivik..walaupun 3 matapelajaran ini merupakan subjek yang tdak penting, namun saya tetap berazam untuk melakukan yang terbaik.. insyaAllah..

kata pepatah : perjalanan seribu batu dimulakan dengan langkah yang pertama..

saya berdoa agar saya ikhlas dalam pekerjaan yang mulia ini dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri..