Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Friday, August 20, 2010

perkhemahan PULAKOPP







Laporan Perkhemahan Unit Beruniform

Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Pulau Pinang
Tarikh : 22 Julai – 24 Julai 2010

Pada minggu lepas, satu perkhemahan telah diadakan di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang (PULAKOPP) bersempena dengan aktiviti badan beruniform. Perkhemahan ini meilbatkan dua buah sekolah yang lain iaitu SK Bukit Teh dan SK Seri Tasek.
Perkhemahan ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mampu mencabar mental dan fizikal murid-murid.
Sebagai guru pengiring, saya ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan murid-murid sewaktu berada di sini dan membantu jurulatih dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Pada hari pertama, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan terbuka PULAKOPP bagi sesi pendaftaran. Selepas itu murid-murid dibahagikan kepada kumpulan yang telah ditetapkan mengikut khemah masing-masing.
Aktiviti malam pula dijalankan dengan program latihan dalam kumpulan (LDK) yang berkaitan dengan pengurusan masa dan disiplin diri. LDK ini dilihat dapat menyedarkan murid-murid tentang pentingnya masa, disiplin diri dan kerja berkumpulan.
Pada waktu pagi keesokan harinya pula, senaman pagi telah dijalankan sebelum memulakan aktiviti harian. Pada pagi ini saya telah berpeluang untuk mengendalikan senaman pagi dengan bantuan beberapa orang guru yang lain.
Seterusnya dijalankan aktiviti ‘wall climbing’ dan juga ‘flying fox’. Kedua-dua aktiviti ini dijalankan secara giliran antara murid lelaki dan murid perempuan. Aktiviti ini semestinya ingin menguji kekuatan fizikal dan mental murid secara keseluruhannya.
Pada waktu petang hari kedua, aktiviti rempuh halangan telah dilaksanakan. Dalam aktivti ini, murid-murid perlu menghabiskan 10 halangan yang telah disediakan iaitu tangga kambing, terowong gelap, tali terbang, titi hayun, besi pautan, tembok halangan, ‘spider web’, sarang buaya, spa Q dan kolam air. Saya telah ditugaskan membantu murid-murid untuk merentasi tembok halangan.
Pada waktu malamnya pula, telah dijalankan LDK 2 bagi meningkatkan keyakinan diri murid dan pemantapan jati diri. Di samping itu, pada malam ini juga terdapat aktiviti burung hantu, melalui aktiviti ini, murid-murid dapat memuhasabah diri di sampinh mengenali kekuatan dan kelemahan diri masing-masing.
Pada keesokan harinya, diadakan pula aktiviti memanjat Bukit Mertajam. Murid-murid dikehendaki untuk berjalan ke kaki bukit dari PULAKOPP dan mendaki separuh daripada bukit itu. Aktiviti ini ternyata begitu menarik minat murid dan dapat menguji jati diri masing-masing.
Secara kesimpulannya, perkhemahan ini telah memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada saya. Segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebaiknya apabila menjadi guru kelak.
Saya juga berpendapat bahawa aktiviti seperti ini perlu diteruskan kerana aktiviti luar bilik darjah juga boleh memupuk jati diri murid yang unggul secara tidak langsung.





internship- menjadi guru kelas






bagi mendapatkan pengalaman dari semua jenis aspek, tugasan seterusnya yang dipilih adalah menjadi guru kelas. oleh itu, antara tugasan menjadi guru kelas yang kami laksanakan adalah :
1. menghias kelas
2. membuat jadual tugasan
3. mengambil kedatangan
4. menjaga kebajikan murid

internship- mempercantik tapak semaian



memandangkan kami perlu menyiapkan tajuk yang berbezam, maka salah seorang daripada kami memilih untuk menjadi tukang kayu dan tukang kebun...sekiranya dia sudah memlilih maka dengan paksa rela kami turut menjadi tukang-tukang itu =)..

dalam menyipakan program ini kami perlu :
1. mengecat tapak semaian
2. mencangkul rumput
3. menanam anak pokok
4. menyusun anak pkok
5.melabel anak pokok
6. membaja anak pokok
7. menyiram anak pokok

it's all about anak pokok!!!!!!!! ermmmm macam tulah kehidupan kami selama 2 minggu..bagus sanhat kerana ini sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu kami tentang anak pokok dan dapat melaksanakan aktiviti ridah..

internship- program 30-minit bersama buku





program so minit bersama buku ini merupakan program bersama dengan program bijak sifir..CEO program ini telah bertungkus lumus bagi memastikan budaya membaca tumbuh melebar di hati murid- murid

internship-program bijak sifir





Pada 1 Julai - 31 Julai yang lalu, kami pelajar PISMP sem 8 sekali lagi ke sekolah untuk menjalankan program intersnhip selama sebulan...ap yg hendak dibuat di sekolah????.. para pelajar perlu menyiapkan 1 projek yang tajuknya telah ditetapkan bergantung kepada keperluan dan kehendak sekolah..

maka shaya dengan bernasib baiknya telah terpilih untuk membuat program bijak sifir yang di inpirasikan oleh Tuan Guru Besar SK Kebun Sireh





SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN SIREH
14000, BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR

Tarikh : 19 JULAI – 29 OKTOBER 2010
Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN SIREH,
14000, BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG.
Anjuran : PANITIA MATEMATIK SK KEBUN SIREH
PENGESAHAN


KELULUSAN


TINDAKAN




PERTANDINGAN BIJAK SIFIR
MURID-MURID TAHUN 2 HINGGA 5
SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN SIREH


1.0 PENDAHULUAN

Program Bijak Sifir ini merupakan salah satu program di bawah kelolaan Panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh. Program ini melibatkan semua murid dari tahun 2 hingga 5 sebagai asas pengenalan dan pengukuhan kepada bacaan sifir. Sehubungan itu, program ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan murid-murid menerima manfaat yang diharapkan selepas program ini berlangsung.

Program Bijak Sifir ini melibatkan aktiviti bacaan sifir setiap pagi selama 15 minit sepanjang 3 bulan sehingga murid-murid menguasai sifir. Pertandingan ini dilihat dapat menggalakkan murid untuk menghafal sifir, meningkatkan minat murid bagi mempelajari mata pelajaran matematik, membantu menyelesaikan masalah matematik dan seterusnya mendapat keputusan yang baik dalam ujian penilaian akan datang. Pertandingan ini juga dilihat sebagai satu langkah bijak kerana menerapkan elemen keseronokan dalam belajar.




2.0 RASIONAL

Program Bijak Sifir ini merupakan satu program yang diadakan untuk meningkatkan minat dan daya hafalan sifir di kalangan murid. Program ini dirancang ekoran keputusan peperiksaan lalu yang tidak memuaskan. Berdasarkan analisa dan pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan murid darjah 2 hingga 5 tidak mempunyai asas yang kukuh dalam penguasaan sifir. Masalah ini membawa kepada masalah bagi menyelesaikan soalan-soalan matematik yang disediakan.

Kesedaran untuk mengadakan pertandingan ini juga bertujuan untuk menerapkan kepentingan hafalan sifir di kalangan murid-murid tahun 2 hingga 5 di sekolah ini. Di samping itu, program ini diharap memberikan impak yang positif dalam peperiksaan akan datang.








3.0 MATLAMAT

Program Bijak Sifir adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk mengingati sifir yang membantu mereka dalam menyelesaikan masalah matematik. Di samping itu, program ini juga adala bermatlamat untuk meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan penilaian pada masa hadapan. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga diharap dapat meningkatkan motivasi di kalangan guru-guru untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berbentuk ilmiah yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-murid yang lebih seimbang pada masa hadapan.


4.0 OBJEKTIF

• Mensasarkan 90 % murid-murid tahap satu menguasai sifir 1 hingga 5
• Mensasarkan murid-murid 90 % tahap dua menguasai sifir 1 hingga 9
• Mensasarkan peningkatan satu gred bagi mata pelajaran matematik pada ujian penilaian akan datang


5.0 ANJURAN

Pertandingan Bijak Sifir ini adalah salah satu program di bawah Panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh.


6.0 TARIKH

Bacaan sifir setiap pagi : 19 Julai – 29 Oktober 2010.


7.0 MASA

7.15 pagi – 7.30 pagi setiap pagi



8.0 TEMPAT

Bacaan sifir setiap pagi dan Pertandingan Bijak Sifir akan diadakan di dataran sekolah, kantin sekolah dan kelas masing-masing.





9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Program Bijak Sifir


Pengerusi : Pn Nazirah Bt Yeop

Naib Pengerusi : Pn Hajah Rohani Bt Omar

Penyelaras : Pn Rohayati Bt Saaid

Setiausaha : Cik Adilawati Bt Abdullah

Naib Setiausaha : Pn Fazidah Bt Saari

AJK Aktiviti : Cik Nor Jauriah Bt Othman

: Cik Noor Azlina Bt Mohamed

: Pn Hasmila Bt Ishak

AJK Persiapan Tempat : En Shahrizal B. Suffian

: En Mohd Azam B Othman

AJK Peralatan dan Siaraya : Pn Suziyanti Bt Basir

AJK Hadiah dan Buku Program : Cik Fairuz Nadia Bt Salim

AJK Dokumentasi : Cik Latifah Hanum Bt Ahmad

AJK Tugas-Tugas Khas : Cik Natiqah Masyhurah Bt Alias














10.0 PESERTA

Melibatkan semua murid dari kelas tahun 2 hingga 5


Bil Tahun Bilangan Murid
1. 2 Dahlia 38
2. 2 Melur 30
3. 2 Teratai 25
4. 2 Anggerik 20
5. 3 Dahlia 38
6. 3 Melur 30
7. 3 Teratai 26
8. 3 Anggerik 22
9. 4 Dahlia 36
10. 4 Melur 30
11. 4 Teratai 24
12. 4 Anggerik 21
13. 5 Dahlia 36
14. 5 Melur 24
15. 5 Teratai 22
16. 5 Anggerik 20
Jumlah 422




11.0 ANGGARAN KOS



Tajuk Tuntutan perseorangan Jumlah
Hadiah 8 orang x RM 5.00 x 1 RM 5.00
Bahan bercetak RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 140.00




13.0 PENUTUP

Semoga Program Bijak Sifir ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Program seperti ini diharap mampu menarik minat murid dalam penghafalan sifir yang membantu mereka dalam menyelesaikan masalah matematik.